Saturday, November 19, 2011

Plastik...

Banyaknya plastik di sekeliling aku!!

Banyak!!

Kadang-kadang,
terasa diri sendiri pun plastik.

Plastik dengan diri sendiri!

Plastik dengan semua orang!

Sampai bila nak hidup dalam dunia plastik ni?

Penat.
Sebenarnya aku penat dengan dunia plastik ni.

Gigih Kau!

Melihat sekeliling sambil tersenyum.

Entah mentertawakan mereka yang lain,
atau,
mentertawakan diri sendiri.

Berjalan dan terus melangkah.

Entah mana arah tujunya,
aku sendiri tak pasti.

Terhenti langkahku di satu sudut.
Kagum melihat semangat seorang manusia,
yang gigih memporak perandakan hidup manusia yang lain di sekelilingnya.
Gigih!
Aku kagum melihat kegigihannya!

Tersenyum lagi.

Alangkah bagusnya jika kegigihan itu adalah tunggak kejayaan dia yang sebenar,
Tapi ternyata meleset.

Thursday, November 17, 2011

Mini Bangsawan

Beta berasa amat berbesar hati untuk menjemput sekalian rakyat jelata untuk menghadiri pementasan Teater Mini Bangsawan 'Singapura Dilanggar Todak' dan 'Pembukaan Singapura' pada 21 November 2011 bertempat di Studio Black Box ASWARA bermula dari jam 10 pagi-10 malam.

~Permaisuri Cenderawasih~

Tuesday, November 1, 2011

KAU...

Dalam perjalanan senja petang bertemu mu sayang,
Penuh kerinduan yang telah lama berjauhan,
Dengan setangkai bunga merah meneman ku kesana,
Tanda cinta bertakhta untuk kamu,

Namun x ku duga didepan mata,
Kau bersamanya berdua bermesra,

Kau hancurkan hatiku kau curang,
Kau musnah cinta kau dusta,
Kau mungkir janji cinta yang terbina,
Manakah cinta sumpah setia,
Manakah sudah cinta kita,
Kini dah musnah engkaulah puncanya,

Namun sebagai insan yang pernah menyintai kamu,
Ku doakan agar kau bahagia,

Di depan mata dia bersamanya,
Aku kekasihnya apa yang ku rasa,,

MONOLOG...

Permulaan aku untuk mengarah.
Aku memilih dua buah monolog untuk dipentaskan selama lebih kurang 15 minit.
Pengarahan pendek.
Tapi satu permulaan yang aku harap dapat memberi kepuasan kepada yang menonton.


MONOLOG 1 ( LELAKI )

            Tunggu…tunggu ika… tunggu… Ikaaa,,nantii,,nanti Ikaaa.. (tersentak) Siapa tu ha?? Siapa?? (ketawa) Jawapan bodoh!! Kaum sejenisku?? Arrghh!! Kau buat apa di sini?? (memandang sekeliling) tapi,,tapi dimana aku?? Heii,,kau jangan bermain-main suara begini dengan aku!! Kau siapa??! Ika,,ika,, kenapa kau sebut nama tu?? Kau jangan sebut-sebut nama tu!! Dia tak ada kene mengena dengan kau!! Mana ika?? Ikaa,, ikaa,,datang pada ayah nak.. hei suara pengecut!! Ika anak aku! Tahulah aku jaga dia,,dia tanggungjawab aku!! Aku memang sayang pada dia.. (ketawa) bagaimana cara aku sayang dan kasih pada anak aku,,itu hak aku!!! (mencari-cari) hei,,kenapa diam??! Mana kau pengecut!! (termengah-mengah) arghh!! Macam-macam suara,,! Aku tak perlukan suara-suara sumbang tu untuk sedarkan aku!! Aku tahu siapa aku! Aku tahu apa yang aku buat!! Ikaaa,,ikaa,,datang sini nak,,datanglah pada ayah ika,,ayah janji..ayah akan jaga Ika.. ayah akan bersama dengan ika,gugurkan kandungan tu! Atau pun,,atau,,kita tak perlu gugurkan anak tu,,sebab,,sebab tu tanda kasih sayang ayah pada Ika.. ayah tolong Ika.. ayah sayang sangat kat Ika.. ika,,ikaa... (berubah marah) Ika!! Kau kat mana Ika?! Ayah tunggu kau dari tadi lagi! Datang sini Ika.. Mana kau sembunyi hah??! (mula memujuk) Ibu kau rindukan kau,,mana kamu nak?? Ayah juga rindukan Ika.. Kesianlah kat ayah Ikaa,,ayah kesunyian,,ayah mahuuu,,ikaaa... (memandang ke satu sudut) Ooo,,di sini rupanya kau!! Apa kau buat di sini hah?? (ketawa kuat) Apa kau dah buat ni Ika?? Kau mahu seksa nafsu aku?? Hah?? Ibumu?? Ibumu yang selalu sibuk dengan urusan tu,,mesyuarat ni,,,dingin!! Kau nak tahu,,kenapa aku buat semua ni?? Nak tahu?? Sebab ibu kau tak benarkan aku kawin lagi!! Dan,,dan ibu kau jugak dah tinggalkan aku!! Kat mana ika,,kat mana aku nak letakkan nafsu aku ni?? Kat mana??!! (ketawa) pada kau ika,,pada kauuuu....





MONOLOG 2 (PEREMPUAN)

            Satu sayang,,satu cinta,,tiga hati,,dalam satu rasa.. (senyum) kamu faham kan maksud aku?? Tiga insan dalam dilema mengejar satu rasa.. cinta! Aku,,aku bukan hamba cinta!! Bukan,,bukan,,aku Cuma berkorban untuk cinta,,berkorban untuk insan yang aku sayang dan cinta... Dia dan dia,,sayang dan cinta.. (ketawa) bodoh!! Dia sayangkan aku,,cintakan aku,,tapi aku abaikan dia,.. sebab?? Sebab dia sakitkan aku,,dia pentingkan diri!! Lantas,,aku korbankan hati kerana tak mahu dia terluka.. tapi dia,,yang aku puja,,yang aku cinta,,yang aku sayang,,selalu buat aku makan hati!! Kenapa?? Apa salah aku pada kau?? (sinis) hidup ni KARMA!! Mungkin inilah karma untuk aku,,kerana melukai dia,,kerana curang pada dia..! tapi,,tapi aku buat macam tu,,ada sebabnya!! Kenapa salahkan aku?? Kenapa aku?? Ooo,,sebab dia seorang yang kau nampak baik?? Sebab dia kau nampak sempurna?? Sebab tu?? Aku kekasih dia,,aku tahu dia macam mana! Aku kenal luar dan dalam dia! Jangan nilai dia seperti ,mana aku menilai dia!! Dan jangan salahkan aku kerana curang!! (termengah-mengah) Ya, mungkin aku salah. Salah kerana menduakan dia,, tapi aku berhak untuk mencari bahagia untuk aku! Aku cuba bahagiakan dia,,tapi apa saja aku buat,,tak pernah cukup!! Arghh!!!! Aku benci dibentak! Aku benci diarah! Aku benci dikongkong!! Pergi!!! Pergi!! Aku benci kau!! Tapi aku lebih bencikan diri aku kerana tak mampu tinggalkan kau! Tak mampu melihat kau terluka! Walau sakit hati ni,,walau sakit kesan tamparan kau,,tapi lebih sakit melihat kau terluka.. tapi rasa itu sekadar sayang! Bukan cinta! Dia.. ya,,dia yang merayu aku,,memujuk aku,,mendengar keluh kesah aku,,mewujudkan rasa cinta! Cinta yang dia sendiri akui dan serahkan pada aku.. aku sambut salam cintanya dan bermula sebuah hubungan cinta diam antara kami.. Aku cintakan dia,,sayang?? Tak perlu aku ungkapkan kerana dalam rasa cinta sudah tersemat rasa sayang.. dia sangat memahami aku,,sangat mengambil berat tentang aku,,dan aku,,amat bahagia bersama dia.. aku bahagia saat dia kucup dahiku,,terasa kucupan itu sebuah kasih sayang yang amat besar nilainya,,aku terharu saat kau usap pipiku,,sapu air mataku.. kau mendengar luahan masalahku,,kau pendengar yang setia untukku.. dia berikan aku rasa yang aku inginkan sejak dulu.. aku bahagia!! (sedih) tapi kenapa bahagia milikku hanya sementara?? Saat aku lihat kau memimpin tangan insan lain,,aku ingin menjerit!! ‘sayang!! Siapa dia?? Kenapa buat b macam ni?? Lepaskan pegangan tangan tu sayang!! Tolong!! B tak sanggup melihat semua ini!!’ tapi jeritan demi jeritan hanya mampu aku luahkan di dalam hati.. tiada apa yang dapat aku lakukan,,kerana dia adalah cinta diamku.. pedih,,perit bila luka lama kembali berdarah.. kenapa sayang?? Apa salahku padamu?? Mana janjimu?? Katakan pada aku,,siapa perempuan tu?? Siapa yang kau pimpin?? Siapa??!! Dan,,siapa aku padamu sayang?? Sakitnya hati melihat insan yang aku cintai bersama perempuan lain!! sakit!! Mungkin sesakit ini rasa yang dia rasai jika dia tahu tentang cinta diam ini?? Saat itu,,aku berjanji pada diri,,akan aku pertahankan rasa ini demi dia yang aku cintai!! (senyum) Tak akan ada insan lain yang akan bersama aku,,dan tak akan ada insan lain yang akan bersama dia,, (ketawa kuat) sebab tu,,aku bunuh dia! Aku bunuh perempuan tu!! Aku cincang!!cincang!!cincang macam daging mentah!! Aku carik-carikkan isi mereka!! Aku robek-robekkan usus mereka!! Jantung mereka aku berikan pada anjing!! (ketawa) puas!! Aku puas!! Puas melihat mereka tak bernyawa!! Puas melihat hasil kerja seni aku!! (ketawa) Sayang,,sekarang tak ada sesiapa yang akan ganggu hubungan kita.. b janji! (senyum)..

Tema yang aku pilih adalah 'DENDAM'. Dan pembawaan watak sedikit 'Psycho'. (^_^)

Sawang oh Sawang..

Now aku tengah berusaha membersihkan sawang-sawang yang ada dalam blog ni.. dah lama aku tak update ape2 kat sini kan.. bukan tak nak,,cuma masa yang tak mengizinkan.. Jadual yang padat menghalang dari aku mencoret apa-apa cerita,luahan dan macam-macam lagi.
Baru-baru ini,aku sudah selesai menjalani proses dalam Produksi Teater Kanak-kanak arahan datin Marlia Musa. Now,just fokus pada Produksi Mini Bangsawan pulak. (^_^)