Tuesday, December 25, 2012

Senafas Lagi...

Tersesat aku dalam ruangan masa,
tanpa terhitung aku melangkah,
jauh,,,jauh,,dan makin jauh..

Senafas lagi aku kan tiba,
di ruangan satu perhitungan,
antara ruang dan waktu,
masing-masing memasang angan,
yang belum tentu tertunaikan...

Lantaran itu,
aku menanti,,
terus,,,terus,,dan terus menanti...

Senafas lagi akan berakhir,
satu perhitungan dalam suatu ruangan,
antara ruang yang terluang dan waktu yang terbuang,
masing-masing menuntut pembelaan,
yang masih tinggal harapan.

Senafas ini,
terkalung sebuah jawapan,
yang menanti masa tertunaikan.

Sunday, November 25, 2012

Menanti Dan Mencari..

Malam ini
ku lihat bintang pudar
ku lihat bulan sembunyi
ku rasa ada sesuatu yang hilang..

Malam ini
sekeping hati rasa kecundang
sebuah jiwa rasa hiba dan hilang..

Cuba mencari
cuba menanti
si peneman kala sepi
si pengubat gundah dihati..

Terus dan terus,,
menanti,,mencari..

Lamo Naw Xupdate Blog Ni..

Berbulan rasanya aku tak update blog aku ni,,
teringin nak update malam ni,,
tapi idea ntah lari kemana plak..
Idea ooo idea,,
xpelah,,ade idea nnt i'll make a new post k..
Post ni sekadar nak sapu sawang-sawang yang ada ni je..
(^_^)

Sunday, July 29, 2012

Sebalik Bayang Malam

Di balik bayang-bayang malam,
merangkak,
bertatih,
melalui lorong-lorong suram,
lemah,
tak berdaya.

Mata meliar,
rakus meneroka segenap pelusuk kelam malam itu.
Cuba mencari sedikit cahaya,
agar bisa menemui titik akhir kegelapan.
Berharap agar bisa menemukan tunas-tunas cahaya,
yang mampu mengheret pada dunia lain,
yang jauh berbeda dari apa yang di hadapnya.

Hampa,
kecewa,
serasa diri kecundang buat kesekian kalinya,
bila sang cahaya masih tegar bersembunyi.

Dan dia,
terus bertatih,
melalui lorong itu..

Friday, July 20, 2012

Takdirkah??

Tersungkur aku dalam satu perjalanan,
jatuh sejatuh-jatuhnya,
bila ku dongak,
hanya beberapa tangan yang sudi membantu,
yang sudi menghulur simpati.

*terima kasih

Mana yang lain?
aku toleh ke kiri,
mencari ke kanan.
Ada!
Sedang mentertawakan aku!
sedang mencaci maki aku!
sedang menghina aku!

*tunduk
*bernafas

Puas??
Sudah puaskah kalian??!
Hinalah,
caci makilah!
Biar lepas,
biar puas,
biar segala kata cacian larut dalam diri aku!
Lepaskan semua!

*mengeluh

Sesak,semak!
Lelah!
Inikah takdirku?
Inikah yang tertulis untukku??
Perit perjalanan ini,
terlalu perit!

Terlalu sesak dada menahan rasa,
semak fikiran mendengar cemuhan hinaan,
lelah aku bertatih untuk kembali hidup.
Ya,
kembali hidup!
Serasa aku mati bila takdir terasa kejam padaku.

Manusia Kejam!

Manusia terkadang kejam,
terlalu kejam!
Hingga tak tercapai waras akal!

Andai diri teraniaya,
atau kaum keluarga,
mula hilang kewarasan,
porak peranda jadinya,
amuk dirajakan,
hingga timbul onar!

Tapi,
bila insan lain disekeliling teraniaya,
bisa mulut mengalahkan tedung!
Hina,maki,hamun,
bak kata,
segala caci maki menjadi mainan lidah!

Jika dikata manusia bodoh,
salah!
Manusia sebaik-baik kejadian,
berakal!

Namun,
apalah gunanya berakal andai tak tahu menghargai,
tak tahu menggunakan sebaiknya,

Kecewa,
terlalu kecewa dengan manusia yang bodoh menilai!
Bodoh mengertikan TAKDIR yang tertulis.

Sirna..

Karam sudah sekaping hati,
karam dari harap,
karam dari rasa,
karam dari kasih dan cinta.

Karam sudah sebuah jiwa,,
karam dari segala..

Bagai terhenti nadi,
hapus detak jantung,
susut darah merah,
tiada lagi segala rasa.

Pupus,hapus,luput..
Kabus,kelam,hilang..
SIRNA.

BRIDE (^_^)

Dreams
*sighhh



Andai Ku Bercinta Lagi..


P/s : Layan lagi ni tanpa jemu...

Sang Kekasih..

*Lihat sana!

#Mana?

*Tu,,kat sana.

#Hmm,,kenapa?

*Nampak tak bintang tu?

#Banyaknya bintang,yang mana satu?

*Yang paling terang tu.

#Nampak. Cantiknya.

*Macam awak.

#Hah?

*Bintang tu cantik macam awak. senyum

#tunduk malu

*Tengok sana pulak.

#Mana?

*Tu.

#Bulan?

*Yup. Tu la saya.

#Awak,,?

*Sebab bulan akan sempurna bila bintang ada. Malam indah bila bintang dan bulan ada.

(^_^)

Wednesday, July 18, 2012

Coret Tanpa Ilham.

Teruji lagi sekeping hati,
teruji lagi sebuah jiwa..
Terus dan terus,
terkadang rasanya segala melepasi waras akal,
terbang bersama angan yang indah,
namun kelam juga hadir akhirnya.

Terbawa aku hanyut,
dalam badai kenangan.
Terbawa aku terbang,
dalam ribut tanpa haluan.

Nafas mengah,
jantung lemah,
lelah aku lelah,
cuba mengubah,
cuba perbaiki,
namun hampa tak bertepi.

Tangan dan kaki bagai terikat,
di belakang bagai ada yang mendekat,
langkah dan laku bagai tersekat,
makin sukar aku bernafas,
lemas!
Rimas!

Mana kudrat??
Ingin aku amuk segala rusuh,
ingin aku tentang segala musuh!
Terkadang resah menjadi bara benci,
gelisah menjadi api dendam!

Kelak sampai kapan bertahan?
satu masa akan hapus!!

Tuesday, July 17, 2012

Tercantum Menjadi Satu..

Kabur pandanganku,
kala melangkah ke ufuk sana,
kala malam menjelma,
aku cantumkan menjadi satu,
antara malam dan siang.

Kala malam,
aku menjadi sang mentari yang merindu bulan,
kala siang,
aku menjadi sang rembulan yang merindu mentari.
Bintang-bintang menjadi saksi,
sang pungguk menjadi pemerhati.

Pena menari malakar bait puisi,
bertinta emas di dada kertas,
mencoret kata sang pujangga cinta,
kisah rindu yang bertakha.

Bicara Sekadar Bibir..

Kau kena kuat!
Kau tak boleh lemah macam ni!
Tabah walau apa pun dugaan yang kau lalui!
Itulah kata-kata yang aku luahkan,
yang aku sematkan sebagai semangat,
yang aku suruh mereka buat,
yang aku berikan pada mereka yang bercerita.

Senyum itu ubat paling mujarab.
Senyum itu buat kau nampak kuat.
Jadi kau mesti senyum,
jangan sedih!
Lagi-lagi itu yang aku ulang,
lagi-lagi itu yang aku katakan.

Bicara yang terluah,
kata-kata semangat yang aku beri,
seolah-olah aku tiada masalah,
seolah-olah aku manusia paling kuat!

Sekuat mana??
Setabah mana??
Kala airmata mengalir,
hilang sudah segala kata dan biacara semangatku.

Sunday, July 15, 2012

Ceritera...

Aku ingin damai sebagai teman,
aku ingin tenang sebagai rakan,
aku ingin bahagia,
aku ingin senyum menghiasi hari..

Mana pelangi?
Mana mentari?
Mana cahayamu bulan?
Mana?

Aku bosan!
Lelah!
Kelam,kabus,taufan,petir,
sudah aku lali dengan semua itu!

Hujan menemani kala aku tersedu sendiri,
taufan mengelilingi kala aku rindu,
kabus menyelimuti kala aku dingin tanpa teduh,
petir berdentum kala aku terkaku.
Sendiri!
Itu aku!
Tiada dahan,tiada tongkat,
Hanya aku yang merangkak memanjat.

Terkadang aku perlukan tangan-tangan,
menyambut aku dari terjatuh,
mengangkat kala aku tersungkur,
bukan kaki yang lantang memijak,
menindas untuk aku terus jatuh tersungkur!

Kuatkan aku Ya Allah!

Sampai Bila?

Membelek entri-entri lama
pada awal blog ini aku buka..

*tarik nafas dalam2

Mengalir air mata..
Ya Allah,,
banyaknya dugaan..
Sampai bila?
Aku dah tak kuat.
Sampai sekarang,
tak pernah surut,,
lepas satu-sattu..

Kenapa aku??

Mainan Watak Di Pentas Lakonan..

Andai ditanya,
apa yang paling aku inginkan,
jawapan aku cukup mudah,
namun untuk menunaikannya,
mustahil!
Kerana apa yang aku inginkan,
adalah kembali ke masa lalu,
agar dapat aku ubah segalanya,
agar dapat aku perbaiki segala khilaf,
agar dapat aku mencipta jalan cerita yang terindah.
Aku bermain di pentas lakonan,
membawa pelbagai watak,
bersembunyi di sebalik watak yang aku mainkan.
Melalui jalan cerita berlandaskan kehendak skrip dan pengarah.
Di situ tempat aku untuk menjadi orang lain,
tempat untuk aku lepaskan segala,
tiada siapa mengerti siapa aku,diri aku,hidup aku.
Segala yang ada sekadar lakonan.
Bila keluar dari kehidupan pentas,
kembali aku menjadi diri sendiri yang tiada............

Perjalanan :'(

Merangkak sang unggas
lalu terbang bila disapa bayu
yang damai berhembus
membawa awan melindungi sang bulan.

Alam menjadi kelam
sepi dan dingin..
Kaku aku berdiri
meneliti satu persatu ceritera
yang masih aku jalani,
mencari dimana penyudah.

Lelah aku melalui denai,
lurah dan laluan berduri,
kejamkah perjalanan takdir yang aku lalui?

Kapan akan aku kembali?
Kapan akan aku bebas?
Lelah,
aku lelah mendaki,
menuju puncak yang jauh dibalik awan,
yang tak mungkin tercapai oleh tanganku.

Kelak,
bila tiba saatnya,
aku akan berhenti.
Berhenti berharap,
berhenti menanti,
berhenti berjalan dan mendaki.

Wednesday, May 2, 2012

I Miss My Blog!!!

Assalamualaikum..
Lama sudah tak update blog ni.
Tiba-tiba rindu pulak.
Ketika ini ada kelapangan,
maka aku dengan senang hati nak update blog kesayangan ni.

Mungkin jugak kerana kesibukan diri,
membataskan aku untuk mengisi kekosongan di ruangan blog ni.
Maaf ye,
semester ni pack semacam je.
Susah nak curi masa untuk bersenang lenang.

Haih,
Pejam celik,pejam celik,
sekarang aku dah berada di bulan Mei.
Sekejap sangat masa yang berlalu.
Lagi lebih kurang seminggu,
cuti study week dah bermula.
Itu menandakan exam akan menjelma.
OMG!! tak ready lagiii!

Untuk next show pulak,
masih ada 4 show yang menanti.

Mei ini..

-Teater Klasik Macbeth.
(Lady Macbeth)
-Teater Bangsawan Seri Teri Buana.
(Permaisuri STB)

Jun ini..
 (Penilaian Akhir - PETA )

-Konserto Terakhir
(Leha)
-Preh

Now memang busy sangat-sangat..
Dah la kena LI (Latihan Industri) lagi semester ni.
Tapi tak apalah,
selagi ada peluang,
blog ni akan aku terus update.
Sekian... (^_^)

Assalamualaikum...

 
 

Wednesday, February 29, 2012

Ku Tak Bisa

Pernah berpikir 'tuk pergi
Dan terlintas tinggalkan kau sendiri
Sempat ingin sudahi sampai di sini
Coba lari dari kenyataan

Tapi ku tak bisa 
jauh,,jauh,,darimu
Ku tak bisa 
jauh,,jauh,,darimu...

Lalu mau apa lagi
Kalau kita sudah gak saling mengerti
Sampai kapan bertahan seperti ini
Dua hati bercampur emosi...

Tapi ku tak bisa 
jauh,,jauh,,darimu
Ku tak bisa 
jauh,,jauh,,darimu...

Sabar
sabar
aku coba sabar,,
Sadar 
sadar
seharusnya kita sadar,,
Kau dan aku tercipta
Gak boleh terpisah..

Dan tak bisa 
jauh,,jauh,,darimu
Ku tak bisa 
jauh,,jauh,,darimu...

Tuesday, January 3, 2012

Nukilan Ruangan Masa

8:32 PM 03-Jan-12

Kini,,
aku terasa ada sesuatu yang hilang dari hidup aku,
yang sirna dari hati aku,
dan rasanya,,
amat sakit,
pedih..

Kenapa aku harus begini?
kenapa harus aku meratapi sepanjang hari?
Sedangkan dia berbahagia dengan jalannya..

Pergilah,
pergi sejauh mungkin,
dan jangan sekali pun kau berpaling,
kerana aku yakin,
aku akan tewas jika kau kembali.

Teruskan perjalanan impianmu,
teruskan pendakian puncakmu,
tiada lagi aku dalam hidupmu,
tiada lagi kau dalam kisahku.

Biarkan aku begini,
bersendiriaan di sini,
merenungi hari,
menyesali diri,
kerana terlanjur menyayangi..

Dan aku,
sedia di sini menanti,
insan yang akan mengubati,
kerna kau telah pergi.

Aku ubati hati,
aku rawat lukaku sendiri,
aku sedarkan diri,
tiada hak untuk aku merasa iri,
walau cemburu merajai.

Di hati ini,
hanya doa untukmu,
hanya harapan melihatmu bahagia.
Di hati ini,
hanya tuhan yang tahu,
betapa perihnya rasa,
namun aku terima seadanya.

Bersama air mata,
aku tatap satu persatu,
memori yang pernah kita bina,
terpahat kukuh dalam jiwa,
akan ku kenang sampai bila-bila.

Sunday, January 1, 2012

Jika wanita yang kau cari~~~

Jika wanita yang cantik yang kau cari,,
Aku bukan orangnya..

Jika wanita yang sexy yang kau cari,,
Aku bukan orangnya..

Jika wanita yang pintar yang kau cari,,
Aku bukan orangnya..

Namun,
jika wanita yang mencintaimu sepenuh hati yang kau cari,,
YA,,AKULAH ORANGNYA.

HYRT!!

Orang kata CEMBURU tandanya sayang,,
sayang tandanya kasih,,
kasih tandanya cinta..

MENGARUT!!!

RINDU pun sama..

Tapi bagi aku,,
semua tu MENGARUT!!

Bukan apa,,
cemburu dan rindu tu bukan menandakan CINTA,,
sayang tu mungkin la.

Tapi kalau untuk TTM,,
macam mana pula ya??

Tahu tak ape tu TTM??
Tak tahu??
Hah..fikir sendiri la.

Kalau untuk TTM,,
aku tak tahu nak jawab dah..
sebab,,
CEMBURU,,
RINDU,,
SAYANG,,
semua ada!!

Yang peliknya,,
tu hanya sekadar TTM!!

P/S : Hurrmm,,sakit jugak tu..

2011 & 2012

2011 now in memory,,
2012 in journey..

Tinggalkan semua pahit manis 2011,
bersedia untuk hadapi apa yang mendatang dalam 2012.

Azam??
Buat masa ni,,
biarlah tidak berazam,,
 takut nanti tak ada usahanya..
Biarlah tidak berazam,,
takut nanti kecewa sudahnya..

Apa pun yang berlaku,,
teruskan segigihnya melalui perjalanan 2012.

(^_^)