Tuesday, January 3, 2012

Nukilan Ruangan Masa

8:32 PM 03-Jan-12

Kini,,
aku terasa ada sesuatu yang hilang dari hidup aku,
yang sirna dari hati aku,
dan rasanya,,
amat sakit,
pedih..

Kenapa aku harus begini?
kenapa harus aku meratapi sepanjang hari?
Sedangkan dia berbahagia dengan jalannya..

Pergilah,
pergi sejauh mungkin,
dan jangan sekali pun kau berpaling,
kerana aku yakin,
aku akan tewas jika kau kembali.

Teruskan perjalanan impianmu,
teruskan pendakian puncakmu,
tiada lagi aku dalam hidupmu,
tiada lagi kau dalam kisahku.

Biarkan aku begini,
bersendiriaan di sini,
merenungi hari,
menyesali diri,
kerana terlanjur menyayangi..

Dan aku,
sedia di sini menanti,
insan yang akan mengubati,
kerna kau telah pergi.

Aku ubati hati,
aku rawat lukaku sendiri,
aku sedarkan diri,
tiada hak untuk aku merasa iri,
walau cemburu merajai.

Di hati ini,
hanya doa untukmu,
hanya harapan melihatmu bahagia.
Di hati ini,
hanya tuhan yang tahu,
betapa perihnya rasa,
namun aku terima seadanya.

Bersama air mata,
aku tatap satu persatu,
memori yang pernah kita bina,
terpahat kukuh dalam jiwa,
akan ku kenang sampai bila-bila.

Sunday, January 1, 2012

Jika wanita yang kau cari~~~

Jika wanita yang cantik yang kau cari,,
Aku bukan orangnya..

Jika wanita yang sexy yang kau cari,,
Aku bukan orangnya..

Jika wanita yang pintar yang kau cari,,
Aku bukan orangnya..

Namun,
jika wanita yang mencintaimu sepenuh hati yang kau cari,,
YA,,AKULAH ORANGNYA.

HYRT!!

Orang kata CEMBURU tandanya sayang,,
sayang tandanya kasih,,
kasih tandanya cinta..

MENGARUT!!!

RINDU pun sama..

Tapi bagi aku,,
semua tu MENGARUT!!

Bukan apa,,
cemburu dan rindu tu bukan menandakan CINTA,,
sayang tu mungkin la.

Tapi kalau untuk TTM,,
macam mana pula ya??

Tahu tak ape tu TTM??
Tak tahu??
Hah..fikir sendiri la.

Kalau untuk TTM,,
aku tak tahu nak jawab dah..
sebab,,
CEMBURU,,
RINDU,,
SAYANG,,
semua ada!!

Yang peliknya,,
tu hanya sekadar TTM!!

P/S : Hurrmm,,sakit jugak tu..

2011 & 2012

2011 now in memory,,
2012 in journey..

Tinggalkan semua pahit manis 2011,
bersedia untuk hadapi apa yang mendatang dalam 2012.

Azam??
Buat masa ni,,
biarlah tidak berazam,,
 takut nanti tak ada usahanya..
Biarlah tidak berazam,,
takut nanti kecewa sudahnya..

Apa pun yang berlaku,,
teruskan segigihnya melalui perjalanan 2012.

(^_^)