Thursday, December 30, 2010

Tinggal Kenangan (T_T)

Menanti


Entah sampai kapan
aku menanti
dan terus,,
entah sampai kapan
aku meratapi
dan terus...
Selagi bisa
selagi mampu
selagi terdaya
akan aku relakan
diri ini untuk
terus~~~

Pictures...







NICE PICTURES RIGHT???


Lilin


LILIN!!!

Macam lilin,,
ada api,,
ada cairan panas,,
lepas tu beku...
Bakar lagi!!
ada api lagi,,
keluar cairan panas lagi,,
lepas tu beku lagi!!
Sakit!!!

Kelibat


Tersisip kembali
kenangan antara kau dan aku
kala aku termenung di jendela
mencari kepastian
atas segala yang terjadi..
Kelibat itu!
Kemana aku melangkah,,
kelibat itu mengekori,,
kelibat itu menghampiri,,
kelibat itu menghantui..
Dari jendela itu
aku melihat satu kelibat
kelibat yang lain,,
kelibat yang melemparkan senyum
memberikan ketenangan
melambai-lambai
seolah menggamit aku pergi kepadanya..
Sekilas aku lalai
kelibat itu hilang
berganti dengan kelibat
yang mengganggu hidupku
memporak-perandakan haluanku!!
Aku mencari-cari
namun aku hampa,,
dan kini
ia sirna dari pandanganku
sirna dari hidupku...


Tuesday, December 28, 2010

Kembali

Kembali bersandar
pada dada kegusaran,,
kembali berteduh
di bawah payung kesedihan
kembali bertapa
di gua derita..
Aku kembali tersungkur
terbenam
larut~~~

Gagak Hitam


Aku tersedar
lantas
bangkit dari pembaringan,,

kelam
suram
gersang..
Segalanya sudah sirna..

Aku memulakan langkah
dan
tiba-tiba
aku sekelip mata berada di kawasan lapang
tiada sempadan
segalanya putih
namun gagak-gagak hitam
bebas berterbangan
memenuhi ruang udara..
Aku terpaku melihat gagak-gagak itu
seolah menyampaikan sesuatu,,

aku buntu
keliru..
Aku merintih
menangis
meraung
hanya kerana mencari kepastian
namun tetap kelam..
Kini,,
gagak hitam masih menemani....
Aku merayu,,
Kembalikan merpati putihku
kembalikan kembang merakku
kembalikan pelangi hidupku~~~

Tak Pernah Aman


Hidup..
Hidup yang tak pernah aman..

Selesai satu masalah,
datang lagi masalah yang lain..

Aku lah tu!!

Mungkin hidup aku akan terus macam ni,,
dilanda masalah
macam tak ada kehidupan aku sendiri..
Hurmm,,

Kadang-kadang aku terfikir
nak lari sejauh mungkin
biar hanya tinggal aku saja,,
tak ada orang lain
yang cuba buat aku menangis
yang cuba buat aku merana
yang cuba buang kehidupan aku..

Aku ingin berlari
mengejar keamanan
kebahagiaan~~~


Friday, December 24, 2010

Belum Berakhir

setelah berbulan-bulan
malah hampir setahun
tapi ia tetap belum berakhir..
Penderitaan
kepedihan
kekalutan
penghinaan
masih tetap mengekori
mengejar
menghampiriku..
Kemana lagi harusku lari??
Kemana lagi harusku pergi??
Aku lelah
lelah untuk menangisi
untuk berlari
untuk sesali..
Terkadang aku terfikir
mengapa harus aku??
Kuatkah aku?
Tegarkah aku?
mengapa aku??
Segalanya bagai baru permulaan,,
di mana pengakhirannya???

Wednesday, December 15, 2010

Rasa

Rasa itu mengajar aku
memberi aku pengertian
yang amat berbeza..
Rasa itu membuat aku
tidak keruan
membuat aku sentiasa memikirkan..
Suatu rasa dari dalam
dari lubuk yang paling dalam..
Sukar ditafsir
susah diungkap
sulit dimengerti..

Tuesday, December 14, 2010

Dalam Pelarian


Dalam aku mencari
dalam aku meneliti
dalam aku cuba memahami
aku semakin sedar,,
sedar akan kenyataan
sedar akan hakikat
bahawa
aku sedang berlari..
Aku menjadi seorang pelarian..
Ya,,
aku lari!
Lari dari bayanganku
lari dari kenyataan hidupku,,
berpura-pura!
Keegoan ku puja dalam diam..
Aku ingin pelarianku ini terhenti
kerana aku letih berlari
penat menempuhi segalanya..

Sunday, December 12, 2010

Dari Jendela Itu


Kekacauan di jiwa
kepiluan di hati
kesedihan dalam diri
menjadi peneman kala sepi
menjadi pelabuhan di tasik sanubari..
Aku merenung ke luar jendela
memandang kosong seluruh pemandangan
berharap hari-hariku
akan secerah hari ini..
Ku perhatikan lagi
dari jendela itu
hari yang cerah
indah,,
aku tak mahu matahari
dieselindungi oleh awan yang berarak
kerana mendung akan muncul,,
aku sentiasa bersama mendung
dan aku tidak mahu
mendung itu terus mengekori..
Dari jendela itu
aku lihat merpati putih
bebas berterbangan
aku hanya menanti saat diri
menjadi seperti merpati itu..


Saturday, December 11, 2010

Tulisan Spontan

Sejujurnya kataku
aku mencari ketenangan
bukan mencipta keegoan,,
sejujurnya kataku
aku mencari keserasian
bukan mengejar kebahagiaan..
Ketenangan takkan datang
jika diselubungi keegoan,,
dan
bahagia itu akan datang
jika ada keserasian..

*Apa yang aku tulis ni?hidupkah hatiku,jiwaku,diriku jika aku terus begini??Bernafaslah seluruh hati,jiwa dan diriku atas dasar cinta yang teruji..
Mungkin diri menjadi beban,mungkin akal menjadi sasaran,mungkin hati terbelah dua,mungkin jiwa menjadi gusar,,arghhhhhh,,segala bagai kelamnya malam tanpa bintang dan bulan..
Aku rindu pada pelangi,,yang muncul selepas rintik halus membasahi bumi,kala matahari hadirkan diri..

Friday, December 10, 2010

Terindah???

Apa yang terindah?
Matahari?
Bulan?
yang mana satu?
Bukan aku mencari keindahan
bukan aku pentingkan diri
tapi,,
aku mencari diri
mencari keserasian..

Thursday, December 9, 2010

Sakit

Sakitnya mencipta perubahan
Sakitnya mencipta keegoan
Sakitnya merubah pegangan

Wednesday, December 8, 2010

M & B

Hari ini
ku temui matahariku
ketika bulan tiada di depan mataku
bila matahariku pergi
bulan muncul kembali..
Matahari,,
kau hadir sebelum bulan muncul,,
Bulan,,
kau temani malam kelam
tika matahari tinggalkan..

Matahari dan bulan..

Sunday, December 5, 2010

Pilih???

Antara matahari dan bulan
antara keduanya,,
hidup aku
di setiap detikku
keduanya harus ada
keduanya pelengkapku
keduanya hidupku..
Jika harus aku memilih
antara matahari dan bulan
aku buntu untuk memilih..
Haruskah aku memilih??

Saturday, December 4, 2010

(T_T)

Kala senja berlabuh
fikiranku melayang jauh
mencari di mana aku sebenar
mencari di mana ketenangan yang sirna,,
Aku terus mencari
hingga malam menggamit
hingga bulan dan bintang
tersenyum melihatku
seolah berkata
insan itu celaru
menanti cerahnya sang mentari
menyinari malamnya yang sepi..
Jika aku bisa
untuk menjawab
hanya satu ku pinta
biarkan terus malam kelam itu
kerana kegelapan itu indah dalam sepi
biarkan ia menemani sepiku..

Thursday, November 25, 2010

Entah Apa Rasa,,

Hurm,,aku pun tak tahu apa yang aku nak tulis sebenarnya,,'Entah Apa Rasa'?? Kenapa aku buat tajuk macam ni pun aku tak tahu,,dalam keadaan aku yang sekarang,aku masih sempat berfikir tentang rasa,tentang emosi,tentang hati..
Huh,itulah perangai aku yang tak pernah berubah dari dulu lagi,hati,rasa dan emosi menjadi peranan utama dalam diri aku,walau sesibuk mana pun aku,itu tetap ada bersama dan sentiasa dalam fikiran.
Aku tak tahu apa yang aku nak kongsikan sekarang di blog ni,hurmm,,okok,,aku mulakan dengan semalam..
Ya,semalam aku gembira,selama aku di sini,semalam aku dapat rasakan gembira yang dah lama aku rindu,aku dapat melihat air mata gembira dari seorang insan bergelar sahabat,aku dapat menggembirakan hati seorang sahabat,aku dapat bergurau senda dengan sahabat,bahagia!!Sungguh!Aku bahagia sekali..
Aku inginkan kebahagiaan dan kegembiraan ini berkekalan walau sesibuk mana pun kehidupan kami sekarang,aku ingin kembalikan senyum ikhlasku buat semua..
Tapi hari ni,,entah kenapa emosiku tak cukup stabil,,tiba-tiba aku hilang kawalan,emosi yang lama kembali,,aduhh,kesian sahabat-sahabatku kerana terpaksa melihat muka ketatku,,maafkan aku sahabat..
Demi kalian sahabatku,aku akan cuba untuk mengukir senyum seikhlas mungkin (^_^)

Sunday, November 21, 2010

Kaw-kaw,,

Mem mac kel skit ap ya ak na tul ni seb ni ay sep ya kaw-kaw ak gun sek,tap ak tah kaw-kaw ak fah sem ya ak tul ni..
Ak saj tul mac ni,ak na uc ter kas seb kor sud jad kaw ak,kor is set rua-rua kos dal hid ak,kor but ak ras selsa deng kor,kor but ak ta ras bos deng hid ak sek,ak harg kor,ter kas ban-ban.Ak say kor,kor ban but ak ras gem,kor but ak ta ras ak sor-sor,kor da but ak ta ras ak ta ad kaw..
Ak na kor tah,ak da ras mac man kehil kaw,dan ak ta na lag kehil kaw,cuk la sekli ak ras kehil tu,sak sagt!Ak da ta na mengis seb rin pad kaw ya da lup ak.
Ak kad-kad sed bil fik semla ap ya jad pad dir ak,tap ak redh deng takd,ak tah sem tu ad hik ya tersem,ak pec.
Sek,ak da ad keyaknan dir,ak ad kor,ak ad kaw-kaw ak,sek lag ter kas,ak say kor!
(^_^)

Sunday, November 14, 2010

..

Tadi aku keluar bersama kawan-kawan,seronok,sampai aku terlupa sekejap apa yang aku rasa sebelumnya.Tapi bila dah sampai kat bilik,,rasa tu datang lagi,buat aku rasa aku kerdil,buat aku rasa aku tak layak untuk semua yang aku ada sekarang..urmm,,ntah la,mungkin rasa hanya sekadar rasa,,mungkin juga kenyataan.

Aku??

Orang semua da hebat,
aku??
Tak!
Orang semua da maju,
aku??
Tak!
Orang semua da melangkah,
aku??
Masih kat tapak lama..
Bukan ni yang aku rasa,
bukan ni yang aku minta,
bukan ni yang aku perlu,
tapi,,,

Thursday, November 11, 2010

Bintang Kita,,

Aku berdiri di satu kawasan yang lapang,,
aku mendongak memandang langit yang luas terbentang,,
aku cuba menghitung bintang yang bertaburan,,
berulang kali aku mencuba tapi tak mungkin bisa,,
lalu ku cari satu yang paling bersinar,,
nah,,
di ufuk sana kulihat satu bintang,,
kemilau cahayanya menyinari cukup terang,,
aku perhatikan bintang itu,,
dan,,
di sudut hatiku,,
aku tahu kau juga sedang perhatikan bintang itu..

Sunday, November 7, 2010

Aku Ingin,,

Kadang-kadang,,
aku ingin masa dulu kembali
agar dapat aku menggamit kembali
waktu bahagia..
Kadang-kadang,,
aku ingin masa dulu berlalu pergi
agar dapat aku lupakan segala
pahit getir peristiwa kelam..
Aku rindu pada rasa bahagia
aku rindu pada rasa gembira
aku rindu pada ketawa ria
aku rindu pada gelak tawa
sungguh!!
Aku rindu!!
Kini semua itu masih bersisa
tapi
ikhlaskah semuanya??
Aku ingin waktu dulu kembali
agar aku bisa merubah semua
biar tiada khilaf
biar sirna derita
biar lenyap semberono
biar kelam sengsara..
Perasaanku merana
jiwaku meronta
batinku tersiksa
hatiku menangis,,
semuanya dek kerana kisah silam..
Kini,,
aku hanya hidup dalam kerinduan,,
yang hanya terubat oleh
senyum tawa tiruan..

Tuesday, November 2, 2010

Awak,,, (coretan spontan)

Awak,,
saya tahu awak sayang saya,,saya pun sayang sangat kat awak,,saya tak tahu macam mana nak gambarkan sayang saya pada awak..Awak selalu tanya saya,,"awak,,awak sayang saya tak?". Awak tahu?Saya gembira setiap kali awak tanya macam tu..Saya pun selalu tanya awak macam tu,,dan saya sangat bahagia bila awak menjawab "I LOVE YOU MORE THAN WORDS".Setiap kali saya teringat kat awak,,saya selalu terkenangkan kenangan-kenangan kita bersama,,kadang-kadang,,kenangan tu boleh buat saya menangis,tersenyum,ketawa,,macam-macam gelagat kita terlayar kat ingatan saya..Saya bahagia awak..Walaupun kadang-kadang ada perselisihan faham antara kita,,tapi kita tahu macam mana nak selesaikan masalah tu,dan itu adalah pengikat kasih kita..Saya bangga ada kekasih macam awak..
Awak,,
sekarang saya rindu awak,,rindu sangat!!Saya nak jumpa awak,,saya nak awak ada kat depan mata saya,,pleaseeee,,.
Tapi,,saya faham,,ada jarak antara kita,dan saya tahu,awak juga sedang rindukan saya,,nanti kita jumpa k sayang??
Kadang-kadang,,saya terfikir,,bila nanti awak jauh dari saya,,bila nanti awak tak dapat jumpa saya bertahun-tahun lamanya,,macam mana agaknya keadaan saya masa tu kan??Mesti saya selalu rindu kat awak,,tapi walau jauh pun,,awak mesti ingat,,sejauh mana pun jarak antara kita,,kita tetap berteduh di bawah langit yang sama,,tetap disinari matahari yang sama,,tetap diterangi rembulan yang sama..kan sayang??
Awak,,
andai nanti ditakdirkan jodoh kita tak panjang,,ingat la,,saya selalu mendoakan yang terbaik untuk awak,,saya selalu ingin awak bahagia..Terlalu indah hubungan ini,,dan jika saya bisa memilih,saya inginkan hubungan kita kekal selama-lamanya.Tapi saya mengerti,jodoh pertemuan semuanya di tangan tuhan,,saya hanya mampu berdoa semoga hubungan kita berkekalan..
Awak,,
awak tahu tak?Saya tak pernah memiliki seorang pun lelaki yang memahami saya macam mana awak memahami saya,,terima kasih awak..Walaupun saya pernah kecewakan awak,tapi awak masih berusaha untuk bersama dengan saya,saya rasa dihargai,,terima kasih lagi awak..Awak berikan saya kehidupan yang baru,,kalau dulu saya terkongkong dengan cinta,,awak mengajar saya untuk bernafas dalam cinta,,kalau dulu saya selalu terluka kerana cinta,,awak memberi saya cahaya pelangi dalam cinta,,kalau dulu saya adalah hamba cinta,,tapi sekarang awak menjadikan saya puteri di taman cinta awak..
Awak,,
kata orang,,jodoh pertemuan,,ajal dan maut semuanya di tangan tuhan..Dan,,andai nanti saya yang pergi dahulu,,saya ingin awak tahu,,yang saya terlalu berharap awak menjadi sebahagian daripada hidup saya,tiada yang lain selain awak..Saya ingin awak tahu,,selama ini awak adalah nadi kekuatan saya,,awak adalah yang terbaik untuk saya..Saya sayang awak,,MORE THAN WORDS!! (^_^)
Awak,,
jika jodoh bukan berpihak kepada kita,,dan jika diberikan peluang,,saya ingin menjadi suri hidup awak,,cukuplah walau sehari,,cukuplah walau sekadar dapat merasa hidup bersama awak sekejap,,itu tetap bermakna..Saya ingin merasa hidup seperti itu,,indah kan sayang?
Dan,,
di sini,,saya nak awak tahu yang di saat ini saya sebenarnya rindukan awak,,dan,,I LOVE YOU SAYANG!!


Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu

Tuesday, October 26, 2010

Aku,,Dirimu Dan Mereka

Aku tak tahu kenapa aku memilih tajuk itu malam ini,,aku juga tak tahu siapakah aku,,siapakah dirimu dan siapakah mereka itu,,yang aku tahu,,aku hanya menulis apa yang terlintas di benakku..Kerana di kala ini,,aku terasa sunyi dan seperti merindui suatu masa yang aku sendiri tidak pasti bilakah masa itu..Yang pasti,,masa itu dipenuhi dengan warna-warni kehidupan yang cukup ceria!!Ada senda gurau,,senyum riang,,cukup sempurna!!Aku rindu!!Sumpah aku rindu!Ada di antara mereka yang ada ketika itu,,masih ada bersama aku,,dan,,ada juga antara mereka telah pergi dari hidupku,,bukan pergi buat selamanya,,tapi pergi dari aku..Aku masih dapat melihat mereka,,tapi bukan senyuman mereka,,tapi kebencian mereka,,pandangan serong mereka!!Mungkin aku tak mampu berhadapan dengan mereka lagi,,tapi suatu hari nanti,,aku akan,,bila aku sudah berjaya!
Aku rindu waktu itu,,aku rindu suasana itu,,aku ingin waktu itu kembali,,aku ingin bersama seperti dahulu,,tapi itu tak mungkin,,
Aku hanya mampu ucapkan TERIMA KASIH kerana pernah memberi aku rasa yang indah dalam hidupku..

Thursday, October 21, 2010

Semalam

Semalam aku termimpikanmu,,
sebenarnya aku sendiri tidak pasti
adakah itu mimpi
atau
khayalanku sahaja,,
kau ada dihadapanku
dan
tiba-tiba,,
kau melangkah pergi
tanpa menoleh aku lagi..
Aku memanggil-manggil namamu
kau berpaling
melihatku dan tersenyum
kau katakan padaku
hapuskan airmatamu
kerana kau harus tahu
takdir kita berbeza
dan aku bukan milikmu
lalu kau melangkah pergi
membiarkan aku sendiri..
Aku menangis
terus memanggil-manggil namamu
tapi aku hampa..
Aku hanya berharap
itu sekadar mainan perasaan
kerana tak sanggup aku kehilanganmu..

Tuesday, October 19, 2010

Monday, October 18, 2010

Rasa Aku (Part 2)

Semakin hari aku semakin gusar,,Aku jadi semakin tak memahami diri sendiri,,aku jadi suka buat andaian sendiri,,ntah la,,kenapa dengan aku ni??
Aku bukan sengaja mencipta rasa tu,,tapi aku terbawa-bawa rasa takut kehilangan,,rasa takut bersendirian,,rasa takut yang pernah aku alami dulu..Sayang,,maafkan saya,,bukan niat saya nak buat awak susah hati,,tapi,,,,,
*biarlah*

Sunday, October 17, 2010

RaSa AkU

Aku baru je lepas layan movie Lagenda Budak Setan,,urmm,,touching,,aku tak tahu apa yang aku rasa masa tengok movie tu,,kadang-kadang ada part-part dalam movie tu yang aku terasa sangat-sangat..Tiba-tiba rasa rindu,,rasa sayu,,rasa lonely pown ada..Entah la,,layan perasaan sangat kowt aku ni,,
okok,,
sebenarnya,,aku just nak luah apa yang aku rasa 2 3 hari kebelakangan ni,,
Ada satu nama yang buat aku tak senang duduk,,ada satu nama yang buat hati aku tak tenang,,ada satu nama yang buat aku jadi gelisah,,aku pown tak tahu macam mana aku nak jelaskan..Setiap kali aku terdengar nama tu,,terbaca nama tu,,terlintas kat kepala nama tu,,aku mesti jadi tak tentu arah..Bukan kerana cinta ok!!Nama tu pown nama perempuan,,buat apa aku nak cinta-cintun ngan kaum sejenis kan??
Kenapa perasaan ni ada ya??Aku tak suka rasa ni,,aku jadi takut,,jadi gelisah,,jadi bingung..Amat mengganggu aku..
Aku bimbang nama tu akan buat hidup aku berubah,,aku bimbang nama tu akan buat aku merana,,aku bimbang nama tu akan rampas kebahagiaan aku,,aku bimbang nama tu akan bawa bencana dalam hidup aku..
Aku tak mahu apa yang selalu terbayang kat fikiran aku tu jadi kenyataan..aku tak sanggup!! Hilangkanlah rasa ini..
Kepada 'nama tu',pergilah jauh-jauh dari hidup aku,,
Toloooonnngggggggg,,,,,

Friday, October 15, 2010

KuiNgiN KaU TaHu SaYaNg

Harus aku akui
aku takut,,
bimbang,,
aku tak mahu kehilangan lagi,,
bukan aku menyamakan kau dengan yang lain,,
tapi aku takut kehilanganmu..
Setulusnya aku mencintai,,
seikhlasnya aku menyayangi,,
jangan lagi kau lukai,,
jangan kau tinggalkan diri ini..
Ya Allah,,
aku menyayanginya,,
mencintainya,,
setulus hatiku,,
aku tidak mahu terpisah darinya,,
dan jika takdirMu menentukan,,
dia bukan milikku,,
harus apakah yang aku lakukan??
Aku tidak sanggup kehilangannya,,
jika ada insan yang ingin memilikinya
dan merebut ruang hatinya yang sebelum ini milikku
akan aku perjuangkan
demi cinta ini,,
akan ku bina benteng seteguh-teguhnya,,
Tapi,,
jika insan itu
bisa memberi kebahagiaan buatnya
melebihi apa yang telah aku berikan
aku redha Ya Allah,,
kerana itu adalah suratan dariMu...
Buatmu sayangku,,
andai suatu hari nanti,,
terpaksa aku melepaskan kau pergi,,
percayalah,,
aku sentiasa mencintai
dan hati ini amat terluka
melihat dan membiarkan kau berlalu pergi..
Tak sanggup aku kehilangan
namun jika itu takdirnya,,
ku relakan segala
hanya ku doakan kau bahagia...
Sayang
onak duri dan badai
kita tetap satu
menempuhinya bersama
dan aku tak mampu membohongi diri
bahawa kaulah nadi hati ini
dan jika kau pergi
mengundang bahagiamu yang lain
aku relakan dengan redha..
Mungkin itu suratan takdir
buat kita..
Sayang
kenanglah aku selagi nafasmu ada
dan
akan ku kenang dikau selagi nadiku berdetak
walau tiada lagi keceriaan suria di wajahku
memadai dengan cahaya pelangi wajahmu...
Doaku sentiasa bersamamu SaYaNg,.,.,.

Wednesday, October 13, 2010

BiCaRa HaTi ArOhA...: BeNgAnG!!!!

"Ya,,aku bengang!!Bukan sekarang je,,tapi dari dulu sampai sekarang!!Mungkin sampai bila-bila!!Kau dah musnahkan masa depan aku!!Dan sampai m..."

Post ni just tuk kongsi,,bacalah (^_^)

Tuesday, October 12, 2010

ItU MaHuMu

Jika kau ingin pergi,,
pergilah,,
jika kau ingin jauh,,
terpulanglah,,
dan jika kau ingin
berjaga-jaga,,
aku tak punya hak menghalang..
Mungkin itu terbaik untukmu,,
siapalah aku
ingin menentukan pilihanmu,,
menjawab persoalanmu,,
kerana aku
hanyalah seorang 'aku'
yang terlalu kecil dipandangan
semua..
Terima kasih
kerana hadir walau seketika cuma
memberi aku jalan,,
memberi aku semangat,,
memberi aku petunjuk
bahawa MaSiH AdA
insan yang mengerti aku
walau begini kesudahannya..
Dan,,
aku hargai keputusanmu..
Selamat Tinggal...
*senyum*

Monday, October 11, 2010

MeNyaMpAh

Tolonggggggggggggggggggggg lah faham,,tolong belajar jadi matang,,tolong fikir macam orang berpendidikan..Ya,,aku tahu kau berpendidikan,,aku tak cakap kau bodoh,,ups,,tercakap plak,,huhuhu tapi kau tak gunakan akal kau untuk fikir..Kau baik,,memang kau baik,,suka membantu,,ambil berat,,baik!!Tapi kau tak guna!!Tak faham bahasa!!Tak reti menilai!!Aku dah tak tahan nak berlakon lagi..Aku geli,,menyampah,,meluat dengan kau!!Tolong lah faham!!

HaRi iNi iNdAh

Hari ini hari yang indah
aku terasa hidupku terisi
aku terasa hidupku berwarna-warni
aku terasa disayangi,,
dicintai dan dikasihi...
Senyum yang selama ini berat,,
aku ikhlaskan hari ini...
InDaH...

Friday, October 8, 2010

RiMaS

Aku rimas!
Aku lemas!
Lepaskan aku!
bebaskan aku!
Kau sememangnya keterlaluan
kau sememangnya tak mengerti
kau sememangnya payah!!
Aku yang tersenyum
tak bermakna aku selesa
aku yang ketawa
tak bermakna aku bahagia!!
Kau harus mengerti!!
Kau bodoh??
Tidak!
Kau sewel??
Pun tidak!
Tapi kenapa kau tak mengerti??
Bebaskan aku!!
Berikan aku ruang bernafas!!
Aku RIMAS!!!!!!!!!!!!!!!

MuNgKiN JaUh,,,

Khabarnya
kau mungkin akan jauh,,
khabarnya
kita mungkin terpisah sementara,,
khabarnya,,
kau akan pergi..
Sedih,,
ya,,
itulah rasaku,,
namun,,
kau pergi kerana masa depanmu,,
kau pergi kerana kerjayamu,,
kau pergi kerana pilihanmu..
Aku hormati,,
aku dukung,.
Doaku sentiasa buatmu,,
doaku sentiasa mengiringi
setiap langkahmu..
Sayang,,
andai nanti kau jauh
tetapkah aku dihatimu??
Kerana,,
aku ingin kau tahu,,
kau tetap dihatiku
kau tetap bersamaku
dan
selamanya disampingku..
Teguhkan cinta
mantapkan percaya
sirnakan dusta,,
kerana aku
sentiasa menanti
dan terus.....

WaLaU ApA YaNg KaU PiLiH,,AKu SeNTiAsA BeRsAmA mEmBeRi SoKoNgAN DaN SeMaNgAt BuAtMu iNsAn TeRsAyAnG,,,,,,,

Thursday, October 7, 2010

TiDaK TeRNiLai,,,

Ayahanda dan bondaku tercinta pernah berkata,,
"Apa pun yang terjadi,tabahlah mengharungi,,kerana itu telah tertulis,sejak dulu lagi,sabar dengan setiap dugaan,,tuhan tak akan memberikan dugaan kepada hambanya jika hambanya tidak mampu..Apa yang tuhan beri ini,,adalah dugaan yang pasti mampu dijalani..Kuat,,sabar,,nanti semuanya akan ada ganjaran dari tuhan..Teruskan perjalanan hidup,,jangan lemah,,jangan jatuh..Pedulikan apa kata orang kerana kekuatan kita hanya ada pada diri kita sendiri.."
Dan,,setiap kali aku jatuh,,kata-kata itulah yang sering bermain di fikiranku..
Ayahanda,,bonda,,terima kasih kerana memberi anakanda semangat untuk meneruskan perjuangan hidup ini..Walaupun terlalu banyak dosa anakmu ini padamu,walau terlalu banyak dugaan yang telah ayahanda dan bonda lalui disebabkan anakmu ini,,kalian tetap menyayangi sepenuh hati dan sentiasa memenuhi apa saja kebutuhan anakmu ini..TERIMA KASIH AYAHANDAKU,BONDAKU..Sesungguhnya anakanda rapuh tanpa kalian..

SeTeLaH AkU KaU MiLiKi

Aku dilanda kebosanan yang melampau,lalu aku mencapai telefon bimbitku,,memasang earphone dan mula mendendangkan lagu-lagu yang terdapat dalam track mp3 aku..Tiba-tiba aku tertarik hendak mendengar lagu SETELAH AKU KAU MILIKI yang dinyanyikan olah SALEEM,,dah lama aku tak dengar lagu ni,,dulu aku suka sangat dengar lagu ni,,dan tiba-tiba hati aku cukup tersentuh dengan lirik-lirik lagu ni,,entah kenapa aku jadi emo tiba-tiba..
Mereka lihat ku tersenyum
Gembira bagai tiada duka
Begitu indah dipandangan
Tapi hatiku keretakan bagai sinar
Purnama terang yang terbakar..
Setelah aku kau miliki
Mana janjimu yang sejati
Segala bagai kiambang
Zahirnya nampak berkembangan
Akar tak jejak di dasaran
Terluka cintamu itu..
Jelmaan yang mendatang
Meragut menggoda
Membenam binasa cinta
Aku di genggaman
Engkau lepaskan
Kerna memburu khayalanmu
Yang menjanjikan
Rembulan keribaanmu
Engkau kehancuran..
Tidakku mampu membencimu
Biarpun cuba ku lepaskan
Tapi rantaimu mengunciku
Di kota cinta jelmaanmu
Tidakku rela dibinasa
Bersama cintamu itu..

InDaH

Keindahan alam ini
memberi aku ketenangan
memberi aku kekuatan
tanpa aku sedar
dan tanpa aku pinta..
Aku bukan menagih simpati
apa lagi menagih budi
aku hanya aku
yang ingin memahami
dan ingin difahami..
Ingin ketenangan
walau hanya sekadar luaran..

SuArA

Aku sering terpana
bila aku terdengar suara itu..
Aku selalu merindui suara itu
dan aku selalu
mencari-cari arah suara itu..
Bila aku pejamkan mata
suara itu bermain-main di mindaku
bila aku bukakan mata
suara itu sirna
namun tetap berlegar-legar di ruang hatiku..
Milik siapakah suara misteri itu??
Adakah suara itu
suara kebahagiaan??
Aku ingin mendengar
dan terus mendengar
hingga
aku temui pemiliknya..

AkU,,,

Di luar sedarku
aku menangis
di dalam sedarku
aku tersenyum
dan terkadang
aku ketawa..
Itulah aku
kerana aku hanya mampu
bersabar
tersenyum
kerana itu adalah penawar
kerana itu adalah penyembuh lara..
Andai aku menangis
aku lemah!
Andai aku ketawa
aku bahagia!
Andai aku tersenyum
aku tenang!
Sampai kapan aku terus jatuh??
sampai kapan aku hidup seperti mati??
sampai kapan aku ketawa dalam menangis??
Hidup berpura-pura,,
tapi pura-pura itu perlu
buat insan seperti 'AKU'.

Monday, October 4, 2010

SeRiBu BiNtAnG

SaYaP TeRLuKa

LuAhAN NaLuRi

Entah kenapa malam ni,aku terasa kosong,,kekosongan yang mungkin hanya mainan perasaan,,Lalu aku coretkan puisi syahdu peneman lara..

Kerap benar hati ini tercalar,,
kerap benar jiwa ini meronta,,
dan,,
di tengah pekat malam ini
sekali lagi
aku termanggu sendiri,,
terasa diri ini sepi
terasa diri ini sendiri,,
kosong!!
Aku menatap potret-potret lama
yang terukir seribu satu kenangan
namun
makin menambah duka hati
makin menambah derita hati
kesunyian makin menghantui
kerinduan melanda di hati..
Aku ingin kembali
kembali menjadi aku yang dulu
tapi apakan daya
segalanya tinggal kenangan
tak mungkin lagi berulang
mustahil kembali..

Dan,,aku hanya aku,,sekadar aku,,siapa aku??

Sunday, October 3, 2010

MaSiH AdA,,

Aku tak pasti
apa yang aku rasakan kini,,
aku tak pasti
apa yang bakal terjadi nanti,,
yang aku pasti
masih ada insan yang mengerti
masih ada insan yang fahami
tidak semua mengeji
tidak semua mencaci,,
Aku hargai..
Terima kasih
kerana kini
aku kuat kembali
aku tersenyum kembali
walau entah sampai kapan
dan mungkinkah bisa bertahan..

Saturday, October 2, 2010

TeNtAnG TaDi

Tadi aku memperkenalkan diri,,mulanya disuruh bersajak sekali,,tapi giliran aku tak sempat untuk bersajak,,tapi,,jika sempat,,inilah sajakku

TAHU

Aku tahu kau tahu
dan aku juga mahu kau tahu
apa yang kau tahu
bukan seperti yang kau tahu
jika kau ingin tahu
aku akan kasi tahu!!

Tapi,,tak sempat,,nak buat macam mana,,walau sajak tu bukanlah seperti sajak,,tapi bagi aku,,ia bermakna kerana jika ada yang mengerti,,aku amat menghargai..
Dia,,menyapa aku,,dan tadi,,aku mengenalinya..ya,,mungkin kebetulan semalam aku postkan di blog ini tentang apa yang aku khuatiri tentang dia,,dan tiba-tiba,,hari ini dia menyapa..Mungkin hanya aku yang terlalu khuatir..
*senyum pahit*

Friday, October 1, 2010

HaRaP

Jika kau baca entri ini,,
aku harap kau mengerti,,
jika kau baca entri ini,,
aku harap kau fahami,,
ya,,
aku memang mengharap kau akan membacanya!!
Jangan menilai aku
dari apa yang kau dengar
dari apa yang kau baca
dari apa yang mereka canang,,
tapi,,
nilailah aku dari hatimu,,
dengari aku dulu,,

carilah aku,,
sapalah aku,,

agar aku tahu,,
siapa dirimu,,

jangan biar aku tertanya-tanya,,
biarkan aku jelaskan segalanya
apa yang terjadi..
Usah kau jauhi aku
kerana aku masih tercari-cari
siapa kamu..
Jangan terus sirna
tanpa memberi aku peluang
menjelaskan apa yang kabur
dipandanganmu..

aLaNgKaH iNdAhNyA

Alangkah indahnya
jika aku mampu tersenyum
seindah dahulu,,
alangkah indahnya
jika aku mampu ketawa
seriang dahulu,,
alangkah indahnya
jika aku mampu bercanda
seperti dahulu..
Kuatkah aku
untuk terus tersenyum
terus ketawa
dan terus bercanda??
Terus berpura-pura
seperti tiada duka??
Haruslah aku hidup
dalam berpura-pura lagi,,.

Thursday, September 30, 2010

ImPiAn,,

Aku punya impian,,
ya,,
impian yang tinggi!!
Namun,,
mampukah aku menggapai impian itu??
Masa depanku kelam,,
hidupku malap,,
pandanganku makin kabur,,
mampukah aku menongkah arus??
Mengapa saat ini
aku lemah,,
aku tak mampu berdiri
seteguh dahulu,,
aku terus dan terus jatuh,,
kapankah akan bangkit kembali?????
Aku ingin impianku tercapai,,
kerana itu adalah hidupku..

Monday, September 27, 2010

PeRsOaLaN,,..

Apakah sebenarnya yang terbuku di balik penderitaan yang aku jalani ini??Terkadang aku merasa jauh dari dunia ini,,walau jasadku berpijak di bumi yang nyata,,tapi batinku yang tersiksa menjerit hiba bagai aku tidak lagi di bumi yang nyata..Apalah ertinya air mataku yang gugur andai diri aku dijadikan bahan hinaan,,cercaan??Aku sudah letih menangisi nasib yang sentiasa dirundung malang,,kenapa masih ada manusia yang berebut-rebut menjatuhkan manusia lain di bumi ini??Aku kecewa dengan nasibku,,tapi ayahanda dan bondaku sentiasa berpesan,,semuanya telah lama tertulis,,ini takdir hidupku,,jalani takdir dan dugaan ini setabah-tabahnya,,kerana suatu hari nanti aku bakal mengecapi kebahagiaan..Dan aku terus menanti kebahagiaan itu sehingga kini,,,,...Tapi sampai bilakah penantian ini??Adakah hingga hujung nyawaku nanti??

Sunday, September 26, 2010

MuNgKiNkAh

Mungkinkah
tiada lagi ketenangan buatku??
Mungkinkah
tiada lagi kebahagiaan buatku??
Mungkinkah
tiada lagi rasa sayang untukku??
Mungkinkah
tiada lagi walau secebis cinta untukku??
Inilah persoalan hidupku kini,,
persoalan yang membinasakan waras akalku
persoalan yang menggenangkan air mataku..
Perjalanan hidupku
tak pernah bertahan lama
bila memihak kepada kebahagiaan
ada saja gerhana yang melanda
badai dan taufan
meranapkan benteng-benteng
keteguhan hati seorang 'aku'.

Thursday, September 23, 2010

ApA LaGi SeLePaS iNi??

Lepas satu,satu,,lepas ni apa lagi??Aku dah terlalu lemah,,tak mampu lagi nak menanggung dugaan ni,,sampai bila aku nak hidup berendam air mata??Ye,,aku khilaf,,tapi tu dulu,,kenapa perkara yang dah sepatutnya selesai dirumitkan lagi??Aku mulakan dengan kesilapan itu,,dan aku akhiri semuanya,,tapi,,tiba-tiba,,kerana mengejar nama,,seorang manusia telah mengaibkan aku pada umum,,dan mereka-mereka yang tidak punya akal turut berebut peluang menambah dosa masing-masing dengan menabur fitnah dan menambah asam garam cerita..Mangsanya????AKU!!!!!
Kerana itu,,bagi aku,,TIADA LAGI 'AKU',,,,,

HaRi DeMi HaRi


Hari demi hari,,
aku semakin gusar,,
aku semakin hilang keyakinan diri,,
aku semakin bingung,,
ya allah,,
aku tak kuat..
Kenapa aku diduga sebegini??
Aku tak mampu menanggung dugaan ini,,
jalan di hadapan,,
aku rasakan gelap gelita,,
masa depanku??
Hancur musnah!!



PeRmuLaAn,,,

Mungkin bila blog aku ni dibaca,,ada antara yang membaca tertanya-tanya kenapa aku memulakan blog aku dengan lagu GELOMBANG..
*tarik nafas*
*senyum*

GELOMBANG,,melambangkan hidup aku kini,,hidup yang tak henti-henti dilanda gelombang,,lagu tu bisa mengalirkan air mataku walau sekuat mana aku menahannya dari luruh..jasad aku mungkin masih bisa bertahan,,tapi hati,,aku semakin lemah,,aku sudah tak mampu untuk kuat..Badai sentiasa mengekori aku ke mana saja aku pergi..
Mungkin ada juga yang tertanya-tanya,siapa aku,,tapi,,tak perlulah aku perkenalkan diriku disini,,cukup saja jika aku mengatakan diriku adalah seorang insan yang cuba menjadi insan yang kuat..

SaLeEm_GeLoMbAnG





Nasibku dirundung malang
Sederas gelombang
Menghempas di pantai,,

Semalam aku ternoda
Dalam sinar cahaya di jendela,,

Tiada esok lagi
Gelap masa depan
Sinar hidup ini tiada erti,,

Hidupku seperti badai
Tak henti gelora
Musnahlah segala
Perasaan dan harapan
Untuk hari esok tiada lagi,,

Oh Tuhanku
KepadaMu ku pohon ampun doa restu
Lindungilah daku yang tidak berdaya
Di bumiMu ini..