Tuesday, October 26, 2010

Aku,,Dirimu Dan Mereka

Aku tak tahu kenapa aku memilih tajuk itu malam ini,,aku juga tak tahu siapakah aku,,siapakah dirimu dan siapakah mereka itu,,yang aku tahu,,aku hanya menulis apa yang terlintas di benakku..Kerana di kala ini,,aku terasa sunyi dan seperti merindui suatu masa yang aku sendiri tidak pasti bilakah masa itu..Yang pasti,,masa itu dipenuhi dengan warna-warni kehidupan yang cukup ceria!!Ada senda gurau,,senyum riang,,cukup sempurna!!Aku rindu!!Sumpah aku rindu!Ada di antara mereka yang ada ketika itu,,masih ada bersama aku,,dan,,ada juga antara mereka telah pergi dari hidupku,,bukan pergi buat selamanya,,tapi pergi dari aku..Aku masih dapat melihat mereka,,tapi bukan senyuman mereka,,tapi kebencian mereka,,pandangan serong mereka!!Mungkin aku tak mampu berhadapan dengan mereka lagi,,tapi suatu hari nanti,,aku akan,,bila aku sudah berjaya!
Aku rindu waktu itu,,aku rindu suasana itu,,aku ingin waktu itu kembali,,aku ingin bersama seperti dahulu,,tapi itu tak mungkin,,
Aku hanya mampu ucapkan TERIMA KASIH kerana pernah memberi aku rasa yang indah dalam hidupku..

Thursday, October 21, 2010

Semalam

Semalam aku termimpikanmu,,
sebenarnya aku sendiri tidak pasti
adakah itu mimpi
atau
khayalanku sahaja,,
kau ada dihadapanku
dan
tiba-tiba,,
kau melangkah pergi
tanpa menoleh aku lagi..
Aku memanggil-manggil namamu
kau berpaling
melihatku dan tersenyum
kau katakan padaku
hapuskan airmatamu
kerana kau harus tahu
takdir kita berbeza
dan aku bukan milikmu
lalu kau melangkah pergi
membiarkan aku sendiri..
Aku menangis
terus memanggil-manggil namamu
tapi aku hampa..
Aku hanya berharap
itu sekadar mainan perasaan
kerana tak sanggup aku kehilanganmu..

Tuesday, October 19, 2010

Monday, October 18, 2010

Rasa Aku (Part 2)

Semakin hari aku semakin gusar,,Aku jadi semakin tak memahami diri sendiri,,aku jadi suka buat andaian sendiri,,ntah la,,kenapa dengan aku ni??
Aku bukan sengaja mencipta rasa tu,,tapi aku terbawa-bawa rasa takut kehilangan,,rasa takut bersendirian,,rasa takut yang pernah aku alami dulu..Sayang,,maafkan saya,,bukan niat saya nak buat awak susah hati,,tapi,,,,,
*biarlah*

Sunday, October 17, 2010

RaSa AkU

Aku baru je lepas layan movie Lagenda Budak Setan,,urmm,,touching,,aku tak tahu apa yang aku rasa masa tengok movie tu,,kadang-kadang ada part-part dalam movie tu yang aku terasa sangat-sangat..Tiba-tiba rasa rindu,,rasa sayu,,rasa lonely pown ada..Entah la,,layan perasaan sangat kowt aku ni,,
okok,,
sebenarnya,,aku just nak luah apa yang aku rasa 2 3 hari kebelakangan ni,,
Ada satu nama yang buat aku tak senang duduk,,ada satu nama yang buat hati aku tak tenang,,ada satu nama yang buat aku jadi gelisah,,aku pown tak tahu macam mana aku nak jelaskan..Setiap kali aku terdengar nama tu,,terbaca nama tu,,terlintas kat kepala nama tu,,aku mesti jadi tak tentu arah..Bukan kerana cinta ok!!Nama tu pown nama perempuan,,buat apa aku nak cinta-cintun ngan kaum sejenis kan??
Kenapa perasaan ni ada ya??Aku tak suka rasa ni,,aku jadi takut,,jadi gelisah,,jadi bingung..Amat mengganggu aku..
Aku bimbang nama tu akan buat hidup aku berubah,,aku bimbang nama tu akan buat aku merana,,aku bimbang nama tu akan rampas kebahagiaan aku,,aku bimbang nama tu akan bawa bencana dalam hidup aku..
Aku tak mahu apa yang selalu terbayang kat fikiran aku tu jadi kenyataan..aku tak sanggup!! Hilangkanlah rasa ini..
Kepada 'nama tu',pergilah jauh-jauh dari hidup aku,,
Toloooonnngggggggg,,,,,

Friday, October 15, 2010

KuiNgiN KaU TaHu SaYaNg

Harus aku akui
aku takut,,
bimbang,,
aku tak mahu kehilangan lagi,,
bukan aku menyamakan kau dengan yang lain,,
tapi aku takut kehilanganmu..
Setulusnya aku mencintai,,
seikhlasnya aku menyayangi,,
jangan lagi kau lukai,,
jangan kau tinggalkan diri ini..
Ya Allah,,
aku menyayanginya,,
mencintainya,,
setulus hatiku,,
aku tidak mahu terpisah darinya,,
dan jika takdirMu menentukan,,
dia bukan milikku,,
harus apakah yang aku lakukan??
Aku tidak sanggup kehilangannya,,
jika ada insan yang ingin memilikinya
dan merebut ruang hatinya yang sebelum ini milikku
akan aku perjuangkan
demi cinta ini,,
akan ku bina benteng seteguh-teguhnya,,
Tapi,,
jika insan itu
bisa memberi kebahagiaan buatnya
melebihi apa yang telah aku berikan
aku redha Ya Allah,,
kerana itu adalah suratan dariMu...
Buatmu sayangku,,
andai suatu hari nanti,,
terpaksa aku melepaskan kau pergi,,
percayalah,,
aku sentiasa mencintai
dan hati ini amat terluka
melihat dan membiarkan kau berlalu pergi..
Tak sanggup aku kehilangan
namun jika itu takdirnya,,
ku relakan segala
hanya ku doakan kau bahagia...
Sayang
onak duri dan badai
kita tetap satu
menempuhinya bersama
dan aku tak mampu membohongi diri
bahawa kaulah nadi hati ini
dan jika kau pergi
mengundang bahagiamu yang lain
aku relakan dengan redha..
Mungkin itu suratan takdir
buat kita..
Sayang
kenanglah aku selagi nafasmu ada
dan
akan ku kenang dikau selagi nadiku berdetak
walau tiada lagi keceriaan suria di wajahku
memadai dengan cahaya pelangi wajahmu...
Doaku sentiasa bersamamu SaYaNg,.,.,.

Wednesday, October 13, 2010

BiCaRa HaTi ArOhA...: BeNgAnG!!!!

"Ya,,aku bengang!!Bukan sekarang je,,tapi dari dulu sampai sekarang!!Mungkin sampai bila-bila!!Kau dah musnahkan masa depan aku!!Dan sampai m..."

Post ni just tuk kongsi,,bacalah (^_^)

Tuesday, October 12, 2010

ItU MaHuMu

Jika kau ingin pergi,,
pergilah,,
jika kau ingin jauh,,
terpulanglah,,
dan jika kau ingin
berjaga-jaga,,
aku tak punya hak menghalang..
Mungkin itu terbaik untukmu,,
siapalah aku
ingin menentukan pilihanmu,,
menjawab persoalanmu,,
kerana aku
hanyalah seorang 'aku'
yang terlalu kecil dipandangan
semua..
Terima kasih
kerana hadir walau seketika cuma
memberi aku jalan,,
memberi aku semangat,,
memberi aku petunjuk
bahawa MaSiH AdA
insan yang mengerti aku
walau begini kesudahannya..
Dan,,
aku hargai keputusanmu..
Selamat Tinggal...
*senyum*

Monday, October 11, 2010

MeNyaMpAh

Tolonggggggggggggggggggggg lah faham,,tolong belajar jadi matang,,tolong fikir macam orang berpendidikan..Ya,,aku tahu kau berpendidikan,,aku tak cakap kau bodoh,,ups,,tercakap plak,,huhuhu tapi kau tak gunakan akal kau untuk fikir..Kau baik,,memang kau baik,,suka membantu,,ambil berat,,baik!!Tapi kau tak guna!!Tak faham bahasa!!Tak reti menilai!!Aku dah tak tahan nak berlakon lagi..Aku geli,,menyampah,,meluat dengan kau!!Tolong lah faham!!

HaRi iNi iNdAh

Hari ini hari yang indah
aku terasa hidupku terisi
aku terasa hidupku berwarna-warni
aku terasa disayangi,,
dicintai dan dikasihi...
Senyum yang selama ini berat,,
aku ikhlaskan hari ini...
InDaH...

Friday, October 8, 2010

RiMaS

Aku rimas!
Aku lemas!
Lepaskan aku!
bebaskan aku!
Kau sememangnya keterlaluan
kau sememangnya tak mengerti
kau sememangnya payah!!
Aku yang tersenyum
tak bermakna aku selesa
aku yang ketawa
tak bermakna aku bahagia!!
Kau harus mengerti!!
Kau bodoh??
Tidak!
Kau sewel??
Pun tidak!
Tapi kenapa kau tak mengerti??
Bebaskan aku!!
Berikan aku ruang bernafas!!
Aku RIMAS!!!!!!!!!!!!!!!

MuNgKiN JaUh,,,

Khabarnya
kau mungkin akan jauh,,
khabarnya
kita mungkin terpisah sementara,,
khabarnya,,
kau akan pergi..
Sedih,,
ya,,
itulah rasaku,,
namun,,
kau pergi kerana masa depanmu,,
kau pergi kerana kerjayamu,,
kau pergi kerana pilihanmu..
Aku hormati,,
aku dukung,.
Doaku sentiasa buatmu,,
doaku sentiasa mengiringi
setiap langkahmu..
Sayang,,
andai nanti kau jauh
tetapkah aku dihatimu??
Kerana,,
aku ingin kau tahu,,
kau tetap dihatiku
kau tetap bersamaku
dan
selamanya disampingku..
Teguhkan cinta
mantapkan percaya
sirnakan dusta,,
kerana aku
sentiasa menanti
dan terus.....

WaLaU ApA YaNg KaU PiLiH,,AKu SeNTiAsA BeRsAmA mEmBeRi SoKoNgAN DaN SeMaNgAt BuAtMu iNsAn TeRsAyAnG,,,,,,,

Thursday, October 7, 2010

TiDaK TeRNiLai,,,

Ayahanda dan bondaku tercinta pernah berkata,,
"Apa pun yang terjadi,tabahlah mengharungi,,kerana itu telah tertulis,sejak dulu lagi,sabar dengan setiap dugaan,,tuhan tak akan memberikan dugaan kepada hambanya jika hambanya tidak mampu..Apa yang tuhan beri ini,,adalah dugaan yang pasti mampu dijalani..Kuat,,sabar,,nanti semuanya akan ada ganjaran dari tuhan..Teruskan perjalanan hidup,,jangan lemah,,jangan jatuh..Pedulikan apa kata orang kerana kekuatan kita hanya ada pada diri kita sendiri.."
Dan,,setiap kali aku jatuh,,kata-kata itulah yang sering bermain di fikiranku..
Ayahanda,,bonda,,terima kasih kerana memberi anakanda semangat untuk meneruskan perjuangan hidup ini..Walaupun terlalu banyak dosa anakmu ini padamu,walau terlalu banyak dugaan yang telah ayahanda dan bonda lalui disebabkan anakmu ini,,kalian tetap menyayangi sepenuh hati dan sentiasa memenuhi apa saja kebutuhan anakmu ini..TERIMA KASIH AYAHANDAKU,BONDAKU..Sesungguhnya anakanda rapuh tanpa kalian..

SeTeLaH AkU KaU MiLiKi

Aku dilanda kebosanan yang melampau,lalu aku mencapai telefon bimbitku,,memasang earphone dan mula mendendangkan lagu-lagu yang terdapat dalam track mp3 aku..Tiba-tiba aku tertarik hendak mendengar lagu SETELAH AKU KAU MILIKI yang dinyanyikan olah SALEEM,,dah lama aku tak dengar lagu ni,,dulu aku suka sangat dengar lagu ni,,dan tiba-tiba hati aku cukup tersentuh dengan lirik-lirik lagu ni,,entah kenapa aku jadi emo tiba-tiba..
Mereka lihat ku tersenyum
Gembira bagai tiada duka
Begitu indah dipandangan
Tapi hatiku keretakan bagai sinar
Purnama terang yang terbakar..
Setelah aku kau miliki
Mana janjimu yang sejati
Segala bagai kiambang
Zahirnya nampak berkembangan
Akar tak jejak di dasaran
Terluka cintamu itu..
Jelmaan yang mendatang
Meragut menggoda
Membenam binasa cinta
Aku di genggaman
Engkau lepaskan
Kerna memburu khayalanmu
Yang menjanjikan
Rembulan keribaanmu
Engkau kehancuran..
Tidakku mampu membencimu
Biarpun cuba ku lepaskan
Tapi rantaimu mengunciku
Di kota cinta jelmaanmu
Tidakku rela dibinasa
Bersama cintamu itu..

InDaH

Keindahan alam ini
memberi aku ketenangan
memberi aku kekuatan
tanpa aku sedar
dan tanpa aku pinta..
Aku bukan menagih simpati
apa lagi menagih budi
aku hanya aku
yang ingin memahami
dan ingin difahami..
Ingin ketenangan
walau hanya sekadar luaran..

SuArA

Aku sering terpana
bila aku terdengar suara itu..
Aku selalu merindui suara itu
dan aku selalu
mencari-cari arah suara itu..
Bila aku pejamkan mata
suara itu bermain-main di mindaku
bila aku bukakan mata
suara itu sirna
namun tetap berlegar-legar di ruang hatiku..
Milik siapakah suara misteri itu??
Adakah suara itu
suara kebahagiaan??
Aku ingin mendengar
dan terus mendengar
hingga
aku temui pemiliknya..

AkU,,,

Di luar sedarku
aku menangis
di dalam sedarku
aku tersenyum
dan terkadang
aku ketawa..
Itulah aku
kerana aku hanya mampu
bersabar
tersenyum
kerana itu adalah penawar
kerana itu adalah penyembuh lara..
Andai aku menangis
aku lemah!
Andai aku ketawa
aku bahagia!
Andai aku tersenyum
aku tenang!
Sampai kapan aku terus jatuh??
sampai kapan aku hidup seperti mati??
sampai kapan aku ketawa dalam menangis??
Hidup berpura-pura,,
tapi pura-pura itu perlu
buat insan seperti 'AKU'.

Monday, October 4, 2010

SeRiBu BiNtAnG

SaYaP TeRLuKa

LuAhAN NaLuRi

Entah kenapa malam ni,aku terasa kosong,,kekosongan yang mungkin hanya mainan perasaan,,Lalu aku coretkan puisi syahdu peneman lara..

Kerap benar hati ini tercalar,,
kerap benar jiwa ini meronta,,
dan,,
di tengah pekat malam ini
sekali lagi
aku termanggu sendiri,,
terasa diri ini sepi
terasa diri ini sendiri,,
kosong!!
Aku menatap potret-potret lama
yang terukir seribu satu kenangan
namun
makin menambah duka hati
makin menambah derita hati
kesunyian makin menghantui
kerinduan melanda di hati..
Aku ingin kembali
kembali menjadi aku yang dulu
tapi apakan daya
segalanya tinggal kenangan
tak mungkin lagi berulang
mustahil kembali..

Dan,,aku hanya aku,,sekadar aku,,siapa aku??

Sunday, October 3, 2010

MaSiH AdA,,

Aku tak pasti
apa yang aku rasakan kini,,
aku tak pasti
apa yang bakal terjadi nanti,,
yang aku pasti
masih ada insan yang mengerti
masih ada insan yang fahami
tidak semua mengeji
tidak semua mencaci,,
Aku hargai..
Terima kasih
kerana kini
aku kuat kembali
aku tersenyum kembali
walau entah sampai kapan
dan mungkinkah bisa bertahan..

Saturday, October 2, 2010

TeNtAnG TaDi

Tadi aku memperkenalkan diri,,mulanya disuruh bersajak sekali,,tapi giliran aku tak sempat untuk bersajak,,tapi,,jika sempat,,inilah sajakku

TAHU

Aku tahu kau tahu
dan aku juga mahu kau tahu
apa yang kau tahu
bukan seperti yang kau tahu
jika kau ingin tahu
aku akan kasi tahu!!

Tapi,,tak sempat,,nak buat macam mana,,walau sajak tu bukanlah seperti sajak,,tapi bagi aku,,ia bermakna kerana jika ada yang mengerti,,aku amat menghargai..
Dia,,menyapa aku,,dan tadi,,aku mengenalinya..ya,,mungkin kebetulan semalam aku postkan di blog ini tentang apa yang aku khuatiri tentang dia,,dan tiba-tiba,,hari ini dia menyapa..Mungkin hanya aku yang terlalu khuatir..
*senyum pahit*

Friday, October 1, 2010

HaRaP

Jika kau baca entri ini,,
aku harap kau mengerti,,
jika kau baca entri ini,,
aku harap kau fahami,,
ya,,
aku memang mengharap kau akan membacanya!!
Jangan menilai aku
dari apa yang kau dengar
dari apa yang kau baca
dari apa yang mereka canang,,
tapi,,
nilailah aku dari hatimu,,
dengari aku dulu,,

carilah aku,,
sapalah aku,,

agar aku tahu,,
siapa dirimu,,

jangan biar aku tertanya-tanya,,
biarkan aku jelaskan segalanya
apa yang terjadi..
Usah kau jauhi aku
kerana aku masih tercari-cari
siapa kamu..
Jangan terus sirna
tanpa memberi aku peluang
menjelaskan apa yang kabur
dipandanganmu..

aLaNgKaH iNdAhNyA

Alangkah indahnya
jika aku mampu tersenyum
seindah dahulu,,
alangkah indahnya
jika aku mampu ketawa
seriang dahulu,,
alangkah indahnya
jika aku mampu bercanda
seperti dahulu..
Kuatkah aku
untuk terus tersenyum
terus ketawa
dan terus bercanda??
Terus berpura-pura
seperti tiada duka??
Haruslah aku hidup
dalam berpura-pura lagi,,.