Tuesday, May 21, 2013

Khilaf Dan Gagal...

Kita sering khilaf dalam beberapa hal,
terutama tentang rasa,
sering kali disalah ertikan.
Mungkin diri sendiri,
mungkin individu lain,
mungkin juga kedua pemilik hati yang kadarnya hanya separuh bersatu.
Pelik bukan?
Namun 'pelik' itulah realiti sebuah rasa.
Tentang hati pula,
terfikir atau tidak,
kita sering gagal menilai hati sendiri.
Keliru dan buntu untuk sedar akan rasa yang kita rasai,
namun,
itulah realitinya.
Untuk kesekian kalinya,
aku khilaf dan gagal.
Lagi,,,lagi,,,dan lagi...

Sunday, May 19, 2013

Wanita Tua...

Sedang aku menjamu selera di sebuah gerai,
terlihat kelibat seorang wanita tua,
berjalan lalu duduk menumpang melepas lelah.
Aku perhatikan wanita tua itu,
selang beberapa ketika,
dia bangun lalu pergi.
Terdetik rasa simpati di hati melihat raut wajah itu.
Seminggu kemudian,
di gerai di kawasan yang sama,
sebuah kampung di tengah kota,
sekali lagi wanita tua itu muncul.
Aku perhatikan tingkahnya,
dari satu meja ke satu meja,
hinggalah tiba ke mejaku.
Aku senyum,
melihat dia yang berpakaian sama seperti kali pertama aku melihatnya,
aku jadi sayu.
Aku hulurkan not seringgit,
dia terima dan menyatukan bersama not not lain di tangannya,
memandangku lalu tersenyum dengan ucapan terima kasih,
aku membalas dan wanita tua itu pergi lagi.
Hilang saja wanita itu dari pandanganku,
airmata jatuh titik demi titik,
tersentuh dan sedih melihat warga emas yang terbiar,
tanpa saudara,tanpa sesiapa.
Di mana letaknya nilai kasih sayang?

Tuesday, May 7, 2013

PASTI

Jika bukan yang terbaik,
Kenapa harus masih bersatu?
Jika bukan yang teragung,
Kenapa harus masih menunggu??
Masih dan masih.

Jika ditanya kepadaku,
Jawapanku pasti berbeda denganmu,
Kerana CINTAKU SATU,
dan AGUNG BUATMU...