Tuesday, April 26, 2011

***

Pagi menanti petang,,
petang menanti malam,,
malam menanti pagi...
Terus dan terus...
Tanpa apa jawapan,,
tanpa apa kepastian..
Senyumlah...
(^_^)

Monday, April 25, 2011

Hurmmm...,,,

Bisu,,
buta,,
pekak,,
cukup sengsarakah??
Sengsarakah bila bisu,buta dan pekak??
Mungkin sengsara,
kerana tak mampu bersuara,
tak mampu melihat,
tak mampu mendengar..
Tapi kadangkala,
sengaja dibisukan mulut,
dibutakan mata,
dipekakkan telinga,
kerana tak mampu meluahkan rasa,
tak sanggup melihat kesakitan,
dan,
tak mampu mendengar keluhan..
Rumit!
Hidup ini rumit..

Thursday, April 14, 2011

Bisikan Malam

Situasi : Malam
Tempat : Di sebuah kawasan pergunungan
Mood : Sepi

*Dongak ke langit*

Banyaknya bintang,,
cantik kan?

*memandang ke kiri dan kanan*

*dongak lagi*

Eh,,mana bulan?

*mencari-cari*

Bulan,,oooo bulan...

*oh bulan,,enggan melayan diriku lagi,,pabila,,air mata membasahi pipi*

Hoiiiii,,ape pulak aku nyanyi lagu Yuna ni...
Mane bulan ni r?

*masih mencari-cari*
*angin bertiup sepoi-sepoi bahasa*

Haaaa,,
tu pun bulan,,
rupa-rupanya menyorok di balik awan tu.

*senyum sambil dongak*

Barulah lengkap.
Bulan dikelilingi bintang-bintang...
Cantik!

*mengeluh*

Tapi,,
aku??

Tuesday, April 12, 2011

THE MEMORY OF,,, ( 12 APRIL )

Happy birthday to you,,
happy birthday to you,,
happy birthday to UMMI dan FIZA,,
happy birthday to you...

Haaa,,
hari ni hari jadi UMMI,,
I LOVE YOU UMMI.
(^_^)
Semoga panjang umur dan murah rezeki serta dianugerahkan kesihatan yang baik,
I MISS U SOOOOOOOO MUCH!!
MMUUUAAHHHHH3!!!
YOU'RE THE BEST MOM IN THE WORLD!

And,,
hari ni jugak,
birthday seorang sahabat,
happy birthday Za,.
Semoga Nor Syafiezza bt Ismail sentiasa berjaya dan dimurahkan rezeki.
Hanya utusan di blog ni je yang aku mampu Za..
Thanks to be my friend.
(^_^)
I MISS U n I LOVE U.

Dan,,
Alfatihah,
kepada arwah sahabatku..
Hari ini genap 4 tahun pemergiannya.
Semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

SAYAP

MOOD : JAUH

Aku ingin terbang sejauh mungkin,
jauh,jauuhh,jauuuhhh...
Terbang meninggalkan semua pahit,jerih,perih,
yang terpendam nun di lubuk hati yang paling dalam...
Sesekali ingin aku merasakan bahagia dan bebas,
bebas dari belenggu perasaan yang tak lepas!
Memang itu aku,
tak mungkin melepaskan semua rasa yang terpendam.
Memang itu aku,
tak mungkin membongkar amarah di dalam.
Memang itu aku,
tak mungkin mengurai air mata kesakitan.
Memang itu aku,
lebih senang berdiam dan memendam.
Jika dipaksa,
sakit menghimpit dada,
derita mengusai jiwa,
dendam bermaharaja.
Itulah aku,
SEORANG AKU YANG NYATA TAK SEMPURNA,
SEORANG AKU YANG TIDAK LEPAS DARI KHILAFNYA,
SEORANG AKU YANG LUKA HATINYA.
Tapi permainan takdir tak mungkin aku sangkal,
biarkan berlalu,
kerana AKU INGIN TERBANG,
jauh,jauuhh,jauuuhhh,,
kerana JAUH itu,
adalah DIA,
yang sebenarnya DEKAT.

*blackout*

AKU PERLUKAN SAYAP

Monday, April 11, 2011

PULAU

Waaahh,,
cantiknya pulau tu,,
teringin pulak nak jejakkan kaki kat pulau tu..
Mesti best kan kalau dapat ke pulau tu?

*8 bulan kemudian*

Haa,,
kini aku berada di pulau yang selama ini aku idamkan.
Waahh,,
indahnya pemandangan kat sini..
Best!

*1 bulan kemudian*

Haaa,,aku masih kat pulau ni,,
eeeee,,
ape ni?
Aku ingatkan best,
rupanya,
sekejap je yang best,,
lama-lama,
macam-macam jadi kat pulau ni..
Arrgghhh,,
nak balik tempat sebelum ni la..
Tapi,,
aku yang pilih untuk tinggal kat pulau ni,,
hurmm,,
teruskan je lah,,
pedulikan yang tak best,
sebab,
aku ada something yang lagi best kat PULAU ni..

*senyum*

Friday, April 1, 2011

April

Hye April!!
Selamat datang!!

*Hye

Tolong aku boleh tak?

*Ape?

Tolong,,tolong,,tolong,,,,,,

*Tolong ape??!!

Tolong tinggalkan semua sakit aku ke belakang.

*Laaa,,tu je..Senang!

Senang?

*Ye,senang. Kau lupekan semua yang dah jadi,yang boleh buat kau sakit.

Pastu?

*Pastu,kau hargai apa yang ada kat depan kau.

Tu je?

*Ye la! Kau nak apa lagi?

Ok.

*tunduk*