Wednesday, January 26, 2011

Hanya Ingin kau Tahu

Just For You,,,

Suatu Masa Dahulu,,,,,,,,,,,

Apa Masalah????!!

Ye,,
blog aku jiwang,,
blog aku buruk,,
blog aku sial,,
blog aku bodo,,
blog aku poyo,,
blog aku tak bagus,,
blog aku macam k**a*..
Apa masalah??
Dah nama pown BLOG AKU!
Ada masalah aku nak post apa-apa??
Kalau buruk,,
jangan bukak!
Ok..
Fullstop!

Kelam-Kabut

Hari yang kelam-kabut,,

(*hahahaaha memang slalu macam ni)

Hurmm,,bangun-bangun mata terus bersinar,,bukan bersinar sebab apa,,bersinar sebab dah lewat..

(*Lewat pown aku mandi pagi)

Terus mengejar masa dan train..

(*Nasib baik train tu tak bleh bercakap,,kalau tak mesti dia dah gelakkan aku kalau tengok aku pagi2,,muka macam hape je nek train..ngan mata bengkak lagi..nampak sangat baru bangun tidow..)

Dalam train boleh la relax kejap,,walau berdiri,,then sampai Masjid Jamek,,nak jalan pulak sampai kat ASWARA..Berpeluh-peluh aku..Jalan punya jalan,,kat tengah-tengah kereta banyak sebab stuck dalam jem,,lagi sikit nak sampai Padang Anjing (Padang Merbok sebenarnya),boleh pulak aku tersepak batu then nak jatuh,,

(*Tu laa,,jalan nak laju-laju,,kan padan muka,,hahahaha)

Malu sioottt,,huhuhuhu.. Dah la kereta banyak,,tebal 10 inci muka..hehehe tapi sampai je kat ASWARA,,dengan berpeluh and tension sebab sakit perut,,ghupe-ghupenye,,baru 2 3 kerat yang ada kat ET,,call time kul 9,,aku sampai 9.30..terbaeekkk..hihihihihihi (^_^)

Tuesday, January 25, 2011

Lepak..

Lepak bersama Marcel yang 'Hot',,Anip yang 'Sweet',,Dann yang 'Chomel'..
Hehehehehe...
Mengubat keboringan aku,,buat aku senyummm..
(^_^)

Suara

Berangan nak jadi sesuatu yang amat penting bagi seseorang,,bermimpi nak jadi sesuatu yang seseorang takut hilang,,tapi,,angan tinggal angan,,mimpi tinggal mimpi..

*tiba-tiba terdengar satu suara dari satu sudut..

'Bodoh!!Yang kau diam sape suruh??Padan muka kau!!Bengong!!'

Terus mencari-cari arah datangnya suara biadap tu..

*tunduk

Hurmm,,betul la apa yang suara tu cakap..
Dan,,buat kali kedua,,aku sendiri...

Hari Yang Indah

Ya,,hari yang indah,,aku mulakan hari ini dengan keadaan gelabah.. *hahaha macam tak biasa je aku gelabah kan??
Gelabah sebab bangun lambat.. *hehehehe
Hurm,,
Ni nak iklan sikit,,Biarlah show kecik-kecik je,,
Puteri Gunung Ledang (PGL)
Cafe Bunga Raya (1 Tengah Hari)
27 Januari 2011.

Monday, January 24, 2011

Kembali...


Setelah membawa hati yang sentap,,*hahahaha poyo je.. Aku bukak kembali blog boring aku ni..Hehehe biarlah orang nak cakap ape pown,,yang penting,,aku sayang ini blog!!
Hurm,,Tak ada apa yang aku nak tulis,,just nak ucap,,

Selamat Hari Jadi Munirah Bt Ahmad Sabri..24 January,,
Dan,,
Selamat Hari Jadi akan datang kepada Che Ammar Azaruddin Bin Che Mt Noor..25 January..
Semoga korang panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki..
(^_^)

Monday, January 17, 2011

Sakit Lagi


Sakit lagi,,
bukan sekadar puisi,,
bukan sajak,,
tapi sebuah nukilan isi hati..
Saat ini,,
hanya hati yang menjerit,,
hanya jiwa yang merintih,,
hanya sanubari yang berbicara,,
terfikir di benak,,
sampai kapan harus aku
menyimpan segala sembilu
hingga bernanah di dalam..
Rasa yang wujud
tanpa aku pinta
tanpa aku undang
namun tetap bertakhta..
Aku benci rasa ini!!
Aku rimas!!
Aku sakit dengan adanya rasa ini!!
Tolong,,
hilangkan rasa ini,,
hilangkan derita perasaan ini,,
sirnakan segala penderitaan ini..

Memerhati

Hanya memerhati
hanya melihat
hanya memandang..
Semakin diamati
semakin aku sedar
dan
semakin aku renung
semakin aku mengerti,,
apa ertinya rasa itu
apa ertinya ungkapan itu..
Semuanya tiada makna..
Akan aku lakonkan
watak hipokrit
seperti yang kau harap,,
akan aku sediakan
ungkapan terbaik
seperti selalu..

Friday, January 14, 2011

Blog Bosan

Hurmm,,
ada orang cakap blog aku bosan,,
blog aku tak ada orang nak baca,,
blog aku merapu,,
blog aku jiwang,,
whatever lah....
Kat sini,,
aku nak cakap,,
aku berblog,,
sebab aku nak puaskan hati aku,,
aku nak tulis apa aku rasa,,
so,,
kalau sape-sape rasa aku punya blog jiwang,,
tak bleh nak layan,,
jangan tengok k..
Aku tak marah,,
adat la,,
lain orang lain rasa,,
yang penting aku just tulis,,
apa rasa aku..
Lebih baik aku tulis,,
daripada biar bernanah..

Thursday, January 13, 2011

Baru


Ku mulakan langkah baru
hidup baru
senyum baru
segalanya baru..
Aku ingin tersenyum lagi
seikhlas mungkin,,
aku ingin ketawa lagi
seriang mungkin,,
aku ingin kembali lagi
segalanya baru
lebih dari dulu...
Positif!!!

Wednesday, January 12, 2011

Ku Ukir Senyum


Hening pagi
memberi ketenangan
dalam kegundahan,,
dalam kesibukan menyiapkan diri
menghiraukan semua buat sementara,,
mempercepatkan langkah,,
mengejar waktu,,
namun masih mengganggu
tanpa lepas satu-persatu..
Ku ukir senyuman
pada mentari menyinar
berharap
senyumku turut bersinar
kala gundah ini
kala kabut ini..
Serikan lagi pagiku
dengan seri mata
yang turut bersinar
dalam kelam..

Tuesday, January 11, 2011

Ruang-Ruang Hidup


Ruang-ruang hidup
kelam
suram
gersang..
Ruang-ruang hidup
gelap
hitam
likat..
Melayari bahtera kenangan
namun
karam di pertengahan
dilambung badai kehancuran
terkapar-kapar aku kelemasan
tenggelam ke dasar
penderitaan..
Aku cuba bernafas seperti biasa
namun tersekat
perit kurasakan,,
sakit,,
pandangan menjadi kabur,,
terus
hitam,..
Ku cuba
dan terus mencuba
membuka kembali mata
yang terpejam rapat,,
perlahan-lahan
namun
tetap kelam,,.
Aku mencari-cari cahaya
masih tiada punca...

Rindu Pada Hidup

Rindu pada 'Hidup'..
Bukan bermakna sudah mati,,
bukan bermakna tiada nafas lagi,,
tapi,,
rindu pada
waktu
di mana
wujudnya kehidupan,,
Kehidupan yang
sempurna bagiku..

Bicara Kepada 'Cinta' dan 'Sayang'


Aku sangkakan
aku kehilangan hanya 'cinta',,
namun,,
aku turut kehilangan 'sayang'..
Bezanya cuma
'cinta' itu pergi
dan terus,,
tapi,,
'sayang' itu pergi
namun masih..
Ada antara teman
bertanya
apa bezanya cinta dan sayang??
Dulu,,
megahnya jawapanku,,
kini,,
aku buntu..
Tidak dapat lagi
aku bezakan
antara cinta dan sayang..
'Cinta'
pergilah
andai itu yang terbaik,,
'Sayang'
andai ingin menjauh
jangan lagi kau dekati
kerana itu
bakal melukai...

Orang Kecil

Hari ini ku lihat awan biru dan hijaunya dedaun
Ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar..
Tersesak dalam cita, diuji dan diduga
Namun aku ini hanya orang kecil..
Jauhnya cinta, jauhnya bahagia
Gelap gelita, kosongnya jiwa
Ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang
Bersyukur apa ada, ku kan sampai ke sana..
Hari ini ku lihat teman ku dan separuhnya bersatu
Ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar..
Tersungkur bangun lagi, komplikasi duniawi
Namun aku ini hanya orang kecil...

Berhenti Berharap

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan…

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu…

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat,,.

Keindahan Berteman Air Mata


Kelam ini kurasakan indah,,

sepi ini kurasakan indah,,

perit ini kurasakan indah,,

segalanya kurasakan indah,,

walau seketika..

Segala rasa yang aku pendamkan

walau sesakit mana pun

tetap kurasakan indah..

Segala pedihku,,

tetap kuhargai,,

tetap indah..

Ada yang datang

hiasi hidup ini

dan tiba satu masa

pergi tinggalkan diri,,

tetap kurasakan indah..

Teman suka,,

teman duka,,

walau ada,,

walau tiada,,

tetap indah..

Dan keindahan inilah

yang berteman air mata..

Datang Dan Pergi,,



Datang dan pergi,,

dekat dan jauh,,

itu mainan hidup..

Mainan hidup

yang harus kita lalui..

Mungkin perit,,

tapi,,

harus dilalui..

Hidup,,

adalah lakonan,,

melakonkan watak

di pentas dunia..

Ada tawa,,

suka,,

duka,,

tangis,,

hiba,,

itulah hidup..

Kita tak mampu hidup sendirian,,

tanpa sesiapa di sisi,,

tanpa keluarga,,

tanpa teman..

Kerana itu,,

tidak salah jika kita berkorban

buat keluarga

mahupun buat teman

walau hati kita menjadi taruhan..

Namun ada satu,,

yang harus selalu kita pegang,,

sesiapa saja

keluarga mahupun teman,,

akan datang

jua akan pergi,,

akan dekat

dan,,

jua akan menjauh..

Di saat itu,,

lakonan semakin menjadi

kerana harus hidup dalam kepura-puraan...

Monday, January 10, 2011

Puncak..


Aku berdiri di kaki sebuah gunung
niat di hati
ingin mendaki
hingga ke puncak
yang mencecah awan..
Aku cuba
dan terus mencuba
hati berkata
akan ku jejak
puncak yang dingin dan nyaman itu..
Akan aku nikmati keindahan
di puncak itu..
Aku tempuhi segala halangan
jua rintangan
demi mencapai puncak..
Ya,,
aku masih gagah,,
masih kuat untuk menempuhi segalanya..
Berbagai sudah yang aku tempuhi,,
aku makin hampir ke pertengahan,,
tiba-tiba
badai melanda lagi,,
kali ini lebih besar,,
lebih kuat,,
ribut dan taufan
menjadi satu..
Lalu,,
gugurlah aku
dalam satu perjuangan
mendaki ke puncak keindahan..

Tiada Makna


Hari ini
tanggal 10 January 2011
aku lepaskan segala rasa sendirian
aku lepaskan segala perit sendirian
aku lepaskan segala yang selama ini
aku pendam sendirian..
Puas!!
Aku puas!!
Air mata yang aku tahan
yang aku peram
hingga menjadi nanah di hati
aku luahkan hari ini..
Bebas!!
Aku bebas!!
Bebas dari rasa yang membelenggu..
Tapi tiada makna,,
kerana
air mata ini
tidak pernah kering..
Dan,,
pada tanggal ini juga
aku terkapai sendirian
melayari hari yang sekian lama
aku nantikan
namun tetap hampa
bila tiba detiknya..

Thursday, January 6, 2011

Kerana Semalam


Mindaku buntu,,
kerana semalam,,
Hidupku kalut,,
kerana semalam,,
duniaku celaru,,
kerana semalam..
Semua kerana semalam..
Hari ini,,
aku takut menghadapi hari,,
juga kerana semalam..
Bermain di tengah laluan ribut,,
berlari di atas garisan taufan..
Kelam,,
duniaku kelam..
Mencari sinaran mentari,,
mencari warna pelangi,,
hiasi kembali hidup
kembalikan nafas...

Tuesday, January 4, 2011

Fake A Smile (^_^)


Kadang-kadang,,
senyum tu indah di pandang,,

walau senyum itu penuh duka..
Hurmm,,
sebab tu,,
walau hati kita menangis pun,,
bibir mesti sentiasa senyum,,
manis!!
Orang pandang pown
sejuk je..
Pandai je aku tulis kan??
cuba tengok aku senyum sikit..
(^_^)
*alahaiii*
Ok la daripada tak ada langsung kan..
Hati gundah,,
bibir senyum..
Bagus la..

*Post yang tak ada motif..

New Year 2011


Happy New Year!!!
2010 dah melabuhkan tirai,,
2011 baru menunjukkan rupa,,
hurmm,,
tahun baru...
Apa yang baru??
Tahun je yang baru,,
aku??
Tetap aku yang lama..
Sama macam dulu..
Hurmm,,
azam??
Ramai yang tanya apa azam aku,,
apa aku nak jawab ar??
Apa azam aku tahun ni??
Bukan tak ada azam,,
tapi,,
hurmm,,
tak ada kowt!!
Bukan!!
Ada,,
tapi,,
hurmm,,
ntah laa,,
susah nak cakap,,
yang penting,,
2011
tak akan sama lagi dengan 2010..