Monday, June 13, 2011

Hidup,,Takut,,Kalut..

Aduuuu,,kesian pulak blog ni,,dah bersawang bagai dah.. Lama bebenor aku tak menjenguk blog ni,,dah terbiar sampai macam ni,,segala mambang dah bersarang pun tak tahu lah kat blog ni..

*haii mambang tanah,,mambang api,,mambang kayu,,mambang dan segala mambang,,

Ishh,,amende aku mengarut nih..Aku sebenaqnya tak taw apa nak tulis,,saja ja buat entri baru,,biaq tak nampak terbiar ja aku punya blog ni. Sat nak pikiaq apa cek nak tulis..

*satu jam kemudian

Awat laa takda idea niii,,aduusshhh

*dua jam kemudian

Pikiaq lagi,,pikiaq lagi!!

*dua puluh empat jam kemudian

Uisshh,,dah sehari cek duk menung pikiaq ni,,apa cek nak tulis pun tak taw.. Alaaaa,,surrender ja lah,,cek tak reti la..

* sound effect fade in *

Hah?? aku mimpi rupanya! Ape maksud mimpi tu?

* duduk mengadap latop *

Arghh,,dari aku fikir maksud mimpi tu,,baik aku update blog yang memang bersawang ni.


Ingin berbicara tentang hidup,,
ingin bersuara tapi takut,,
berdiam jadinya kalut,,
sudahnya pergaduhan berlarut..

Hahahahhaahahaha,,
berbicara tentang hidup?
takut?
kalut?
berlarut?

Ketawalah!
Ya, Hidup!
Takut!
Kalut!
Bila semua ada,,
masalah yang berlarut!

Hidup untuk kita belajar,,
bila belajar,,
bukan semua sempurna,,
bukan semua berjaya!
Biarlah ada cacat celanya,,
biarlah ada kegagalannya,,
untuk sama jadikan pedoman
kala usia meningkat!

Takut!
Bukan bererti pengecut!
Bukan bererti kalah!
Takut kerana mahukan damai,
bukan pertelingkahan!
Takut bersuara kerana ingin makmur tanpa sial!

Kalut!
Kalut itu muncul bila sama ingin ke atas!
Semua merasa terpilih!
Semua merasa hebat!
Maka kalut yang hadir!
Tak lari gunung dikejar,,
tak hilang kalau rezeki memang ditakdirkan untuk kita!
Jangan tamak,,
jangan terlalu menyanjung diri yang hina!
Kelak padah yang menimpa!

Hidup bagaikan roda,,
kala kita di atas,
jangan takbur!
Kala kita di bawah,
jangan meminta-minta!
Ingat pada hukum karma kehidupan!

* ketawa

Mungkin aku TAK CUKUP HEBAT berbicara seperti ini,,tapi aku cukup RASA untuk berbicara seperti ini..

* senyum

> blackout <


No comments:

Post a Comment