Tuesday, January 3, 2012

Nukilan Ruangan Masa

8:32 PM 03-Jan-12

Kini,,
aku terasa ada sesuatu yang hilang dari hidup aku,
yang sirna dari hati aku,
dan rasanya,,
amat sakit,
pedih..

Kenapa aku harus begini?
kenapa harus aku meratapi sepanjang hari?
Sedangkan dia berbahagia dengan jalannya..

Pergilah,
pergi sejauh mungkin,
dan jangan sekali pun kau berpaling,
kerana aku yakin,
aku akan tewas jika kau kembali.

Teruskan perjalanan impianmu,
teruskan pendakian puncakmu,
tiada lagi aku dalam hidupmu,
tiada lagi kau dalam kisahku.

Biarkan aku begini,
bersendiriaan di sini,
merenungi hari,
menyesali diri,
kerana terlanjur menyayangi..

Dan aku,
sedia di sini menanti,
insan yang akan mengubati,
kerna kau telah pergi.

Aku ubati hati,
aku rawat lukaku sendiri,
aku sedarkan diri,
tiada hak untuk aku merasa iri,
walau cemburu merajai.

Di hati ini,
hanya doa untukmu,
hanya harapan melihatmu bahagia.
Di hati ini,
hanya tuhan yang tahu,
betapa perihnya rasa,
namun aku terima seadanya.

Bersama air mata,
aku tatap satu persatu,
memori yang pernah kita bina,
terpahat kukuh dalam jiwa,
akan ku kenang sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment