Friday, October 15, 2010

KuiNgiN KaU TaHu SaYaNg

Harus aku akui
aku takut,,
bimbang,,
aku tak mahu kehilangan lagi,,
bukan aku menyamakan kau dengan yang lain,,
tapi aku takut kehilanganmu..
Setulusnya aku mencintai,,
seikhlasnya aku menyayangi,,
jangan lagi kau lukai,,
jangan kau tinggalkan diri ini..
Ya Allah,,
aku menyayanginya,,
mencintainya,,
setulus hatiku,,
aku tidak mahu terpisah darinya,,
dan jika takdirMu menentukan,,
dia bukan milikku,,
harus apakah yang aku lakukan??
Aku tidak sanggup kehilangannya,,
jika ada insan yang ingin memilikinya
dan merebut ruang hatinya yang sebelum ini milikku
akan aku perjuangkan
demi cinta ini,,
akan ku bina benteng seteguh-teguhnya,,
Tapi,,
jika insan itu
bisa memberi kebahagiaan buatnya
melebihi apa yang telah aku berikan
aku redha Ya Allah,,
kerana itu adalah suratan dariMu...
Buatmu sayangku,,
andai suatu hari nanti,,
terpaksa aku melepaskan kau pergi,,
percayalah,,
aku sentiasa mencintai
dan hati ini amat terluka
melihat dan membiarkan kau berlalu pergi..
Tak sanggup aku kehilangan
namun jika itu takdirnya,,
ku relakan segala
hanya ku doakan kau bahagia...
Sayang
onak duri dan badai
kita tetap satu
menempuhinya bersama
dan aku tak mampu membohongi diri
bahawa kaulah nadi hati ini
dan jika kau pergi
mengundang bahagiamu yang lain
aku relakan dengan redha..
Mungkin itu suratan takdir
buat kita..
Sayang
kenanglah aku selagi nafasmu ada
dan
akan ku kenang dikau selagi nadiku berdetak
walau tiada lagi keceriaan suria di wajahku
memadai dengan cahaya pelangi wajahmu...
Doaku sentiasa bersamamu SaYaNg,.,.,.

No comments:

Post a Comment