Tuesday, December 28, 2010

Gagak Hitam


Aku tersedar
lantas
bangkit dari pembaringan,,

kelam
suram
gersang..
Segalanya sudah sirna..

Aku memulakan langkah
dan
tiba-tiba
aku sekelip mata berada di kawasan lapang
tiada sempadan
segalanya putih
namun gagak-gagak hitam
bebas berterbangan
memenuhi ruang udara..
Aku terpaku melihat gagak-gagak itu
seolah menyampaikan sesuatu,,

aku buntu
keliru..
Aku merintih
menangis
meraung
hanya kerana mencari kepastian
namun tetap kelam..
Kini,,
gagak hitam masih menemani....
Aku merayu,,
Kembalikan merpati putihku
kembalikan kembang merakku
kembalikan pelangi hidupku~~~

No comments:

Post a Comment