Sunday, December 12, 2010

Dari Jendela Itu


Kekacauan di jiwa
kepiluan di hati
kesedihan dalam diri
menjadi peneman kala sepi
menjadi pelabuhan di tasik sanubari..
Aku merenung ke luar jendela
memandang kosong seluruh pemandangan
berharap hari-hariku
akan secerah hari ini..
Ku perhatikan lagi
dari jendela itu
hari yang cerah
indah,,
aku tak mahu matahari
dieselindungi oleh awan yang berarak
kerana mendung akan muncul,,
aku sentiasa bersama mendung
dan aku tidak mahu
mendung itu terus mengekori..
Dari jendela itu
aku lihat merpati putih
bebas berterbangan
aku hanya menanti saat diri
menjadi seperti merpati itu..


No comments:

Post a Comment