Friday, June 14, 2013

DI MANA PENGHUJUNGNYA


Ku renung tenang menatap rembulan,
Ku hayati merdu alunan gemersik bayu,
Ku tatap semesta hingga ufuk sana,
Mencari di mana hujungnya..
Kelam,,malam…

Ku renung sinar mentari,
Ku hayati suara alam menyanyi,
Ku tatap kala pelangi munculkan diri,
Mencari di mana hujungnya..
Cerah,,siang…

Hingga kini tidak aku temui,
Di mana hujungnya..
Segala yang aku cari,
Terkadang sirna dari memori.
Bukan kerna puas bermain fikiran,
Mencari terus mencari.
Tapi kerana lelah,
Lelah melalui detik demi detik,
Lelah mengharungi angkara demi angkara,
Yang masih juga buntu,
Masih tiada penghujungnya.


No comments:

Post a Comment