Sunday, July 15, 2012

Mainan Watak Di Pentas Lakonan..

Andai ditanya,
apa yang paling aku inginkan,
jawapan aku cukup mudah,
namun untuk menunaikannya,
mustahil!
Kerana apa yang aku inginkan,
adalah kembali ke masa lalu,
agar dapat aku ubah segalanya,
agar dapat aku perbaiki segala khilaf,
agar dapat aku mencipta jalan cerita yang terindah.
Aku bermain di pentas lakonan,
membawa pelbagai watak,
bersembunyi di sebalik watak yang aku mainkan.
Melalui jalan cerita berlandaskan kehendak skrip dan pengarah.
Di situ tempat aku untuk menjadi orang lain,
tempat untuk aku lepaskan segala,
tiada siapa mengerti siapa aku,diri aku,hidup aku.
Segala yang ada sekadar lakonan.
Bila keluar dari kehidupan pentas,
kembali aku menjadi diri sendiri yang tiada............

No comments:

Post a Comment